CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1618|Reply: 0

Beguk akan menjejaskan kesuburan kami?(Part 2)

[Copy link]
Post time 23-12-2014 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Antara golongan kaum lelaki dewasa yang mengalami Beguk, 20%-30% daripada mereka akan terdapat komplikasi seperti  radang testis yang mana kebanyakan berlaku pada sebelah testis. Sekiranya berlaku pada kedua-dua belah testis maka akan mengakibatkan kemandulan.


Radang testis kadang-kalanya terjadi sebelum,semasa atau selepas  pembengkakan kelenjar parotid. Gejala yang utama ialah kesakitan dan pembengkakak testis,ia akan menjadi keras apabila tersentuh serta permukaan skrotum akan bertambah tebal. Selain itu, penyakit ini juga diiringi dengan demam,kesejukan, sakit kepala dan sakit bawah perut.


Sekiranya pembengkakan berlaku di bahagian kanan testis,penghidap akan terasa kesakitan di bahagian kanan bawah perut sebagaimana gejala apendisitis. Mujurlah 80% daripada kanak-kanak yang menghidap Beguk adalah radang sebelah testis. Kedua-dua belah testis bengkak akan menyebabkan kemandulan kaum lelaki.


Kebanyakan kaum lelaki tidak mengetahui banyak pengetahuan am mengenai radang testis,dan antaranya radang yang serius ialah Orkitis. Orkitis adalah peradangan pada salah satu atau kedua testis, yang menyebabkan terjadinya pembengkakan dan sakit pada testis. Ia disebabkan oleh bakteria atau virus dan biasanya sering berlaku pada golongan lelaki remaja.


Testis akan bengkak dengan berwarna ungu kebiruan. Apabila Orkitis sembuh, testis mengecil,menjadi lembut dan mengecut. Biarpun ia tidak menjejaskan pengeluaran hormon testosterone tetapi akan membawa kesan buruk terhadap kesuburan seseorang lelaki.


Orkitis biasanya berlaku di kalangan lelaki dewasa tetapi peluang jangkitan penyakit ini semakin meningkat pada kebelakangan ini, dan berlaku di golongan lelaki remaja malah kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Selain itu, kadar berlaku komplikasi seperti pengecutan testis,kemandulan dan ketumbuhan tumor kian menaik.


Di samping itu, orang ramai bimbang akan adakah Orkitis akan mengakibatkan Spermatocele? Sebenarnya Spermatocele terjadi apabila Orkitis bertambah kritikal,dan biasanya bersaiz besar,sakit ringan atau tiada kesakitan. Kadang-kala saiz Spermatocele terlalu besar akan mengakibatkan kesakitan testis.  


Untuk maklumat lanjut mengenai kesuburan, sila layari laman web ini
https://www.facebook.com/notes/l ... t-2/864515833593601



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066509 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list