CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 2

Bersolek ketika hamil rendahkan IQ anak

[Copy link]
Post time 9-1-2015 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Bersolek ketika hamil rendahkan IQ anak

PHTHALATES yang digunakan dalam alat solek mampu merendahkan IQ bayi dalam kandungan. – Gambar hiasan


Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.
Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik.


Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.
“Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.


“Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” jelas ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt.

Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma.
“Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.

sumber:kosmo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2015 10:04 AM | Show all posts
alat solek akan jadikan IQ bayi dlm kandungan 6-7 kali lebih rendah berbanding yg tak terdedah dgn bahan kimia tersebut...

soalannya:
berapa kali gandakah pula rendahnya IQ pompuan yg pakai alat solek tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 10:51 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 9-1-2015 10:04 AM
alat solek akan jadikan IQ bayi dlm kandungan 6-7 kali lebih rendah berbanding yg tak terdedah dgn b ...

mestila lgi rendah...

sian ecah diarana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068802 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list