PERNAHKAH kamu mengamati logo atau lambang seperti ini? Nah kamu mungkin sudah tahu, itu adalah lambang untuk menyatakan jenis kelamin lelaki dan wanita. Mengapa simbolnya seperti itu? Apa arti yang terkandung pada simbol itu? Bagaimana sejarahnya?
Cukup menakjubkan bahawa keberadaan simbol itu sudah cukup lama. Didalam dunia Ilmu pengetahuan saja, lambang ini untuk pertamakalinya dipakai pada tahun 1753 oleh Pengarang buku Species Plantarum. Sebelumnya simbol-simbol yang menyatakan laki dan perempuan ini dijumpai pada peninggalan-peninggalan kuno pada zaman prasejarah.
Sebelum ada tulisan, bangsa-bangsa prasejarah menggunakan gambar dan simbol untuk "berkomunikasi". Para ahli cuba untuk mencari hubungan mengapa simbol tersebut yang digunakan untuk menunjukkan laki dan perempuan.
Ada yang berpendapat tanda lingkaran dan panah menunjukkan bahawa laki-laki saat itu memang dikenali sebagai pemburu yang bersenjatakan tombak, sementara simbol lingkaran dengan tanda silang dibawahnya, sebagai penggambaran perempuan, menunjukkan bahawa wanita mempunyai kecenderungan bercermin (lambang itu dianalogikan sebagai cermin bergagang).
Namun ada juga yang menyebutkan bahawa simbol-simbol itu telah mengalamai perubahan sejak lama, yang diturunkan dari bentuk fizikal manusia laki-laki dan perempuan.
Oh ya simbol ini juga digunakan sebagai simbol planet di sistem suria kita, iaitu untuk Marikh dan Zuhrah (yang selanjutnya juga dikenali: Marikh sebagai gambaran laki-laki, dan Venus untuk Perempuan).