View: 5943|Reply: 2
|
Asal Usul Sejarah Adidas
[Copy link]
|
|
Asal Usul Sejarah Adidas
Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini bermula pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di ruang cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana tingginya kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya perniagaan kecil-kecilan tersebut mula membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan "Dassler Brothers OGH" yang nantinya menjadi asas bakal Adidas sekarang.
Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengeluar kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Sukan Olimpik. Puncak keterkenalan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan memakai kasut buatan Dassler.
Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut 'Puma' sedangkan Adi membuat jenama 'Adidas.' Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama belakang Dassler yakni 'das' sehingga menjadi kata 'Adidas'. Sekadar maklumat bahawa nama asal dari Adi Dassler adalah Adolf Dassler, tapi orang Jerman sering memanggil nama Adolf sebagai Adi. Disokong oleh kemajuan bidang penyiaran dan pertelevisian, adidas menikmati keuntungan dari event sukan seperti Sukan Olimpik atau bola sepak, kerana logo 3 stripes mereka mudah dikenali dari jauh. Ia pun mendafarkan logo 3 stripes sebagai trademark dari adidas. 3 stripes yang diciptakan agar kaki stabil, namun akhirnya menjadi logo.
Evolusi Logo Adidas
Penggunaan logo Adidas sendiri baru dipergunakan pada sekitar tahun 1948, pada masa dua bersaudara Dassler tersebut berpisah. Secara visual, logo Adidas hanya berupa huruf Adidas, dengan nama Adolf Dassler diatasnya serta ilustrasi kasut tengahnya. Dengan jenama ini, kasut buatan Adi Dassler mencapai titik kejayaan, dengan diakuinya jenama kasut Adidas diajang pesta sukan dunia seperti Sukan Olimpik Helsinki, Melbourne, Roma dan lainnya. Serta saat itu pasukan bola sepak Jerman menjadi juara dunia bola sepak dengan menggunakan kasut Adidas.
Pada tahun 1972, logo Adidas mengalami perubahan yakni dengan menggunakan konsep 'Trefoil Logo', iaitu logo dengan visual tiga daun terangkai. Konsep tiga daun ini mempunyai makna simbolisasi dari semangat Olimpik yang menghubungkan pada 3 benua. Sejak saat itulah Adidas menjadi kasut rasmi yang dipergunakan pada even Olimpik diseluruh dunia.
Akhirnya selepas bertahun-tahun berjaya dan mengalami liku-liku perkembangan usaha, pada tahun 1996, Adidas mengalami pemodenan dengan menerapkan konsep 'We knew then - we know now' yang kurang lebih menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan hingga kini. Adapun logo baru yang digunakan secara visual berupa tiga angka condong yang membentuk tanjakan yang menggambarkan kekuatan, daya tahan serta masa depan. Sejak saat itu logo Adidas tidak pernah mengalami perubahan, serta masih berjaya hingga saat ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
i like kasut adidas ..
tp jarang beli .. sebab mahal ..
haha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|