Cerita 2 Menurut Bill Muray, pakar sejarah bola sepak, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, bola sepak sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha. Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah bermain permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai maksud “menerajang bola dengan kaki”. Sedangkan chu, bererti “bola dari kulit dan ada isinya”. Mereka bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang. Menurut orang-orang Jepun Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah kenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya diperbuat dari kulit kijang berisi udara. Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu, seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang dibuat dari tengkorak, ditendang satu diantara warga ke arah orang-orang kampung. Kemudian, si penerima bola di kampung itu, diteruskan ditendang ke kampung lain. Cerita 3Bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai “football” Amerika) sudah ada sekian lama.Ia nya betul-betul lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum,bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts’in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an. Bola sepak modern lahir pada pertengahan abad ke 19 di england.Akan tetapi, F.I.F.A.(Federation of International Football Association) pada tahun 2004 sudah secara rasmi mengakui bahawa bola sepak paling awal sekali berasal dari Tiongkok, ketika itu ia disebut Cu Ju (baca: Ju Cü). Permainan bola sepak tertua ini, bermula dari 2400 tahun yang lalu pada masa Chun Qiu Zhan Guo ( Musim gugur negara-negara berperang) dan telah melewati silih pergantian dinasti dan dalam jangka waktu lama tidak surut. Yang lebih penting lagi ialah, orang Tiongkok kuno ternyata sudah lama bermain bola sepak ini untuk mengukuhkan semangat dan etika mereka. Di Yunani bermain bola sepak diperkenalkan 800 tahun sebelum Masihi dengan nama episkyro dan harpastron. Pasukan Rome yang menyerbu Yunani tahun 146 sebelum Masihi kemudian mengambil permainan ini dan menyebarkannya dikawasan penaklukan wilayah-wilayah nya di Eropah. Kaisar Rome Julius Caesar tercatat sebagai penggemar harpastrum. Ia menggunakan permainan ini sebagai ujian bagi melatih fizikal pasukan tenteranya. Di Rome, terdapat kawasan harpastrum menyebabkan ia lebih sesuai dimainkan oleh penduduk ketika itu. Orang Eropah mulai mengenal bola sepak pada sekitar abad 8. Sama seperti di Rome, permainan bola di eropah jauh lebih brutal. Bermain di lapangan yang luas berjarak 3-4 kilometer. Raja Edward II pernah menyebut sepak bola sebagai “permainan setan yang dibenci Tuhan.” Ia melarang rakyatnya melakukan aktiviti ini pada April 1314, terutama untuk kalangan ningrat.bola sepak dianggap kejam kerana menggunakan tengkorak manusia sebagai bola… Cerita 4Sejarah tentang asal-usul bolasepak boleh dikatakan pelbagai. Asalkan di mana ada manusia, ada kaki, di situlah mungkin bermulanya bola sepak, ada pendapat yg mengatakan ia bermula di China, Jepun juga ada versi bolasepaknya tersendiri, tanah Melayu juga ada versi permainan bola tersendiri, menggunakan bola raga yg diperbuat daripada rotan yg dianyam. Ada setengah pihak mengaitkan sejarah bola sepak dengan perang karbala di mana cucu Rasulullah dibunuh lalu dipancung kepala dan dijadikan sebagai bola sepak tendang. Tetapi tidak ada bukti utk menunjukkan bolasepak yg kita kenal sekarang bermula dari peristiwa itu. Seperti saya katakan tadi, asalkan ada org, ada kaki, maka di situ mungkin ada permainan di kalangan org muda menyepak atau menendang bola. Bagaimanapun, bolasepak moden yg kita kenali sekarang dikatakan bermula di England. Ada dua peraturan yg digunapakai pada masa itu menyebabkan ia terbahagi kepada dua cara bermain iaitu football dan rugby yg ada hingga sekarang. Bolasepak bukan lagi sekadar permainan masyarakat, atau sekadar tradisi setempat semata-mata. Bolasepak adalah satu perniagaan yg sangat menguntungkan. Berapa ramai manusia yg mendapat rezeki hasil daripada industri bolasepak. Dari satu perspektif, bolasepak bukan lagi sejenis sukan semata-mata, tetapi satu agama atau cara hidup baru. Ramai manusia sekarang menganut agama bola. Pertama, FIFA berfungsi seolah sebagai satu sistem khalifah menetapkan hukum dalam permainan bolasepak, menghimpunkan seluruh pasukan bolasepak bernaung di bawah satu sistem. Memastikan semua aktiviti bolasepak di negara2 bawah naungannya berjalan berdasarkan proses dan prosedur yg telah ditetapkan sistem khalifah “FIFA”. Kedua, berita atau informasi tentang bolasepak muncul di mana2 saja di seluruh dunia tanpa kita perlu susah payah mencarinya. Buka radio saja cerita tentang bola, buka TV saja penuh iklan tentang bola, banyak syarikat seperti Celcom mengambil kesempatan membuat untung daripada bolasepak menawarkan pelbagai pakej menarik dan istimewa sempena dan utk peminat bolasepak. Contohnya Astro menawarkan pakej siaran bolasepak dalam high definition, buka suratkhabar pun berita depan pasti terselit tentang keputusan bola sepak, iklan-iklan besar di merata tempat tentang bolasepak. Begitu juga jualan TV plasma, LCD meningkat semata-mata kerana hendak menonton bolasepak dalam high definition. Apabila pergi ke kedai makan, manusia datang berkumpul dengan memakai jersi dari rumah masing2 semata-mata utk menonton bolasepak di layar besar, beramai-ramai menyokong dan bersorak utk pasukan bolasepak kegemaran mereka. Dalam erti kata lain, bolasepak ada di mana-mana saja tanpa perlu kita bersusah payah. Seolah tidak ada satu inci pun tanah di muka bumi yg terlepas dari ideologi bolasepak. Ada satu jenis manusia lebih prihatin tentang nama-nama pemain bola dan nama negara asal mereka, berbanding isu berbangkit tentang Islam yg sudah tidak difahami melainkan apa yg golongan ustaz / lebai ajar mereka di sekolah atau surau. Keluar saja dari sekolah dan surau, agama itu cuma tinggal sejadah dan kain pelikat. Agama cuma pada nama. Dan agama yg mereka nampak cuma perkelahian di antara ahli-ahli yg mengaku arif tentang agama. Isu agama sama seperti isu politik ditolak jauh2 oleh generasi muda, lebih baik menonton bolasepak. Ketiga, berbilion manusia di seluruh dunia yg mendukung ideologi bolasepak dari pelbagai kaum, agama dan bangsa. Malah, kalau anda dilahirkan sebagai bangsa Malaysia sekalipun tidak menjadi kesalahan jika terang2 menyokong negara lain seperti Portugal, England, Holland,Greece dsb. Kadang-kadang, yg bersorak tempik demi negara lain, mungkin sudah lupa, susah payah anda setia dengan pasukan kegemaran anda itu tidak dihargai pun, malah mereka pun tidak tahu anda wujud, melainkan pihak2 tertentu mengambil untung, membuat duit daripada kejahilan peminat bola sepak yg lupa diri, lupa asal usul. Kemudian wujud pelbagai aliran dan mazhab dari segi corak permainan bolasepak. Corak permainan Brazil dikatakan cantik seperti tarian, Belanda dengan konsep “total football”, Germany sangat teknikal, Jepun mempunyai pemain yg mahir ketika freekick utk mendapatkan gol, ada juga pasukan yg skillnya tidaklah unik sangat tetapi bermain dengan “semangat”. Dan ada pelbagai lagi corak permainan yg digunakan oleh pasukan2 bola dalam Piala Dunia, demi utk mencapai matlamat yg satu, iaitu mencapai kemenangan. Semua orang berhak utk menyokong mana2 pasukan bolasepak yg berbagai corak permainan. Persis seperti pengikut mazhab. Ikutlah mana2 yg dirasa paling menghampiri kebenaran asalkan tidak menjatuhkan pengikut mazhab lain. Semua “mazhab dan aliran” corak permainan dari tempat / negara mana pun akan diterima asalkan ia masih dalam lingkungan hukum yg ditetapkan oleh FIFA. Inilah dinamakan tauhid dalam ideologi bolasepak. Gunalah apa carapun asalkan mencapai matlamat bolasepak FIFA selagi tidak melampaui batas. Of course dalam ramai2 tu adalah sebilangan yg fanatik sampai bertindak keterlaluan guna kekerasan. Ada “pengikut mazhab” yg tak open minded, orang lain semua salah dan tak boleh menang kecuali pasukan dia. Sekadar gurau (mungkin sindiran) sahaja, mungkin satu hari nanti permainan bola sepak sudah jauh dari matlamat berbolasepak yg sebenar, banyak tipu, trick dan bohong atas nama bolasepak oleh “ulama bola”, maka akan ada gerakan2 di seluruh dunia mengajak supaya bola sepak dan pendukungnya kembali kepada bolasepak sebenar dengan merujuk kembali kepada hukum asal yg ditetapkan FIFA. Gerakan “pembaharuan” dalam bolasepak. Kesimpulannya, bolasepak adalah satu sistem cara hidup, atau agama baru, yg kembang mekar di seluruh dunia bukan lagi sekadar satu aktiviti permainan utk menyihatkan badan. Banyak aktiviti fizikal lain seperti yoga, panjat bukit, berbasikal dsb tetapi tidak membawa impak dan kesan yg besar seperti bolasepak. Kerana bolasepak sekarang adalah satu agama. Satu berhala besar yg dirasakan tidaklah salah utk disembah selagi sejadah masih dibentang. Saya tak pasti besar mana berhala bolasepak ini, tetapi kalau mengikut sunnah Nabi Ibrahim as., baginda memecahkan semua berhala2 kecil dan membiarkan satu berhala besar memegang kapak, supaya kaumnya berfikir: is it worth it menyembah ideologi lain selain ideologi Allah. Marilah bertanya kepada diri sendiri, adakah bersengkang mata pagi2 buta, terpekik terlolong menyokong pasukan negara lain, satu pengorbanan yg berbaloi dan boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Senario yg berlaku sekarang selari dengan protokol Zionis seperti kata seorang tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam…Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya…”.
|