View: 3037|Reply: 5
|
Tak pergi harijadi, terima bil RM86.....
[Copy link]
|
|
Kena bayar RM86 kerana gagal hadir majlis harijadi

Derek dan Alex Nash
CORNWALL - BRITAIN. Seorang kanak-kanak menerima invois selepas gagal hadir majlis harijadi rakannya.
Alex Nash, 5, menerima bil berjumlah £15.95 (RM86) tersebut dari ibu rakannya, Julie Lawrence, lapor BBC.
Alex menerima jemputan majlis tersebut sebelum Krismas lepas, namun Alex perlu menghabiskan masanya dengan datuknya pada hari majlis harijadi tersebut.
Ayah Alex, Derek akan membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana menganggap layanan (cara pemberian invois) adalah tidak wajar.
"Beliau (Julie) tidak menganggap saya seperti manusia dewasa. Beliau melayan saya seperti budak kecil, yang saya harus mengikut cakapnya (membayar wang)," tambahnya.
Menurut laporan itu lagi, Julie memberitahu bahawa Derek ada semua maklumat untuk menghubunginya untuk memaklumkan ketidakhadiran Alex.
Bagaimanapun, ibu dan bapa Alex menafikan perkara tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade jugak sampai dpt bill.. |
|
|
|
|
|
|
|
kos kerugian termasak n beli barang lebih |
|
|
|
|
|
|
|
RM86 punya hal pun nak bawak masuk mahkamah juga kee? |
|
|
|
|
|
|
|
yela. nak cover kos memasak dan parti.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum masuk kos hadiah dan bayaran utk game lagi....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|