|
Versi produksi model Honda NSX yang dinanti-nantikan peminat automotif akhirnya diperkenalkan di eropah ketika berlangsungnya Geneva Motor Show.
Honda NSX – Dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda
Ianya merupakan versi Acura NSX (untuk pasaran America) yang di rebadge, dan model ini bercirikan sebuah unit turbo berkembar V6 dengan 550 kuasakuda yang turut disokong oleh tiga motor elektrik. Dikenali sebagai sistem “Sport Hybrid Super Handling All-Wheel Drive”, menghantar kuasa kepada keempat-empat tayar, menggunakan kotak gear dwi-klac automatik 9 kelajuan. Dua daripada tiga motor itu digunakan untuk memacu tork, sementara yang ketiga diletakkan di gandar belakang diantara enjin dan transmisi.
Menggunakan rim bersaiz 19 inci untuk tayar hadapan dan 20 inci rim untuk belakang dengan saiz tayar 245/35Z R19 untuk hadapan serta 295/30Z R20 untuk tayar belakang, kereta ini dilengkapi dengan brek disk seramik dengan enam piston untuk hadapan dan 4 piston brek untuk belakang.
Integrated Dynamic System menawarkan empat pilihan mode pemanduan – Quiet, Sport, Sport+ dan Track, yang mana melaras penetapan enjin, motor elektrk, kotak gear dan casis, disamping laras bunyi enjin.
kredit:www.arenakenderaan.com
|
|