View: 1719|Reply: 0
|
Edag Light Cocoon menyinari Geneva
[Copy link]
|
|
Edag Light Cocoon menyinari Geneva, dan mempamerkan kehebatan teknologi percetakan 3D (3D printing)Edag Light Cocoon yang dipamerkan di Geneva Motor Show tempoh hari mempunyai nama yang berbunyi seperti sebuah lampu, bukan?
Struktur rumit di bawah kulit Light Cocoon mengambil inspirasi daripada dahan pokok dan daun, dan reka bentuknya yang bertujuan untuk memaksimumkan kekuatan bahan yang terhad. Semua ini terhasil daripada pencetak tiga dimensi (teknologi 3D Printing) Edag. Seperti konsep sebelumnya syarikat itu, model ini tidak akan berada di atas jalan raya, dan firma kejuruteraan Jerman ini tidak pernah menyebut powertrain untuk Light Cocoon. Sebaliknya, focus mempamerkannya di Geneva adalah untuk memperlihatkan sejauh mana kemungkinan teknologi pencetak 3D ini.
Light Cocoon mungkin cukup “cool” sebagai pameran hasil percetakan 3D, tetapi Edag mempunyai helah lain untuk benar-benar menarik orang ramai ketika itu. Syarikat itu melekatkan fabrik Texapore Softshell 02+ dari sebuah syarikat “outdoor” Jerman Jack Wolfskin atas badan konsep ini. Fabrik ini adalah ringan, elastik, kalis air dan yang paling penting pada ketika itu, ia separa lutsinar. Dengan meletakkan LED di bawah kulit tersebut, rangka tulang kelihatan. Patutlah dianya dinamakan Cocoon!!
kredit:www.arenakenderaan.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|