CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1446|Reply: 0

Mercedes-Benz Tarik Balik Kenderaan E-Class Dan CLS-Class Untuk Pembaikan

[Copy link]
Post time 8-3-2015 11:49 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia menarik balik kenderaan E-Class dan CLS-Class tertentu selepas unit pemantau produknya Daimler AG menemukan masalah pada pelekat getah di bahagian enjin model terbabit.
“Masalah hanya membabitkan sekumpulan terhad E-Class (Siri Model 212) dan CLS-Class (Siri Model 218).
“Pengedar sah kami akan memaklumkan kepada pelanggan yang berkenaan bermula pertengahan Mac ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka hanya mengambil masa kurang satu jam,” kata syarikat itu dalam kenyataan, Selasa.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Roland Folger berkata Mercedes-Benz Malaysia mematuhi standard keselamatan paling tinggi dan akan menangani semua kenderaan yang terjejas pada kadar segera.
Untuk maklumat lanjut, pemilik boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia menerusi talian 1-800-88-1133, Isnin hingga Jumaat.
Sumber: mStar
kredit:www.arenakenderaan.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070079 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list