CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 2

Volkswagen anjur kempen Polo Goes Zero

[Copy link]
Post time 8-3-2015 11:51 PM | Show all posts |Read mode


Volkswagen anjur kempen Polo Goes ZeroVolkswagen Malaysia kini menawarkan promosi pembiayaan untuk semua model Polo dari 21 Februari melalui kempen ‘Polo Goes Zero’. Polo dan Polo Sedan kini boleh dimiliki tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan dari hanya RM999 sebulan selama tujuh tahun.
Kemuncak kempen ‘Polo Goes Zero’ adalah semasa karnival yang akan diadakan di Bukit Jalil dari 6 hingga 8 Mac 2015, di mana pelanggan di Malaysia berpeluang untuk menguji pandu model Volkswagen pilihan mereka. Pengunjung karnival juga boleh membuat tempahan dan mengambil bahagian di dalam latihan ‘Volkswagen Experience Drive’ dan latihan pengalaman keselamatan.
Menurut Martina Berg, Pengarah Pemasaran, Volkswagen Malaysia, “Kempen ‘Polo Goes Zero’ ini menekankan aspirasi kami untuk membawa rakyat Malaysia lebih dekat kepada jenama ini dan merasai pengalaman memandu kereta kami. Tawaran ini disasarkan kepada pembeli baru yang merupakan golongan profesional muda di bandar.”

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan mempunyai tiga fungsi utama yang sama iaitu empat tingkap automatik dengan fungsi anti-sepit, transmisi auto enam-kelajuan, dan‘Intelligent Crash Response System’ (ICRS) yang akan mengunci semua pintu secara automatik, mematikan kuasa ke pam minyak, dan menyalakan lampu kecemasan apabila beg udara terbuka atau penegang tali pinggang keselamatan diaktifkan.
Kedua-dua model Polo ini boleh didapati dalam lima warna berbeza iaitu Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black.
Polo 1.6 dan Polo Sedan masing-masing berharga RM 89,888 dan RM 91,888. – Infokereta, Gambar : Autoblog



kredit:www.arenakenderaan.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 09:52 PM | Show all posts
VW ni satu aja, spare part dan service mahal. Pandu memang sedaplah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 09:58 AM | Show all posts
silap-2 parts and services lebih kurang merk n bimmer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.572563 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list