View: 5360|Reply: 32
|
[Idea]
Pemanasan Global
[Copy link]
|
|
Ayuh kita atasi. Antaranya
1. Kurangkan penggunaan lampu.
2. Kongsi kereta.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takyah kurang bagai. dunia mmng menuju kehancuran. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara cara mengatasi pemanasan global:
1. Menanam pokok di pekarangan rumah. Cara ini sangat sederhana tapi sangat BERKESAN dalam kehidupan kita. Kita boleh menanam pokok seperti cabai, tomato, strawberi, dll. Selain kita dapat melawan global warming, kita juga berusaha untuk memperindah pekarangan rumah kita. Menanam pokok juga bererti kita dapat belajar bertanggung jawab, belajar bersabar, dan belajar bekerja keras.
2. Menggunakan elektrik secara berhemat. Dewasa ini tenaga elektrik sangat penting dalam kehidupan manusia. Akan tetapi kita harus menyedari bahawasanya tenaga elektrik ini dihasilkan daripada pembakaran bahan bakar seperti minyak yang boleh menghasilkan gas karbon dioksida lalu menjadi penyebab utama kesanrumah hijau. Untuk itu, kita harus berhemat menggunakan tenaga elektrik.
3. Tidak membazirkan makanan. Ini boleh kita lakukan di rumah kita. Kita harus mengetahui makanan sisa (nasi, lauk pauk, buah-buahan, sayuran, dll) akan mengalami proses dekomposisi anaerobik yang juga menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Kedua-dua gas tersebut merupakan dua gas terbanyak yang menyebabkan terjadinya kesan rumah hijau.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
4.1 Negara
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi meminimumkan kesan negatif pemanasan global terhadap hidupan di muka bumi ini. Antaranya adalah:
4.1.1 Teknologi hijau
Teknologi hijau boleh didefinisikan dengan merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alm sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif kepada manusia.[1] Contohnya, menstrukturkan semula dan menambah fungsi beberapa kementerian dan mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.[2] Melalui pendekatan sebegini, impak negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar sudah tentu dapat diminimumkan. Hal ini dimikian kerana lebih banyak kementerian baru yang lebih proaktif telah ditubuhkan bagi mengawal serta memantau keadaan semasa atau kualiti alam sekitar di seluruh negara.
4.1.2 Penguatkuasaan undang-undang
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam.
Pengeluaran atau pelulusan lesen bagi tujuan pembalakan turut perlu diminimumkan. Hal ini adalah bagi memastikan para pembalak agar tidak menyalahgunakan permit yang mereka peroleh untuk kepentingan sendiri. Penetapan had kuantiti kayu balak yang boleh ditebang dalam satu tahun akan dapat meminimumkan penebangan kayu balak yang terdapat di negara ini.
4.2 Masyarakat
4.2.1 Saling memberi maklumat
Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat dalam sesebuah negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain. Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini. Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara alam sekitar.
4.3 Sekolah
4.3.1 Memberi pendidikan tentang alam sekitar
Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi dan didedahkan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus tahu akan kepentingan menjaga alam sekiatar dan melalui pendedahan mengenai isu pemanasan global sejak mereka bersekolah lagi sekurang- kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa yang perlu mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.
4.3.2 Mewujudkan kelab pencinta alam sekitar
Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang penjagaan alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit-sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.
4.3.3 Peranan guru kaunseling
Guru kaunseling di sekolah saharusnya tidak hanya memandang berat pada masalah-masalah disiplin pelajar di sekolah sahaja. Pendedahan tentang isu-isu semasa kepada para pelajar turut perlu dipandang serius. Contohnya, isu pemanasan global yang semakin serius pada masa kini. Pendedahan tentang cara-cara yang bolaeh dijadikan sebagai sumbangan bagi meminimumkan impak pemanasan global adalah penting dan perlu diketahui oleh semua warga sekolah. Hal ini boleh dilakukan dengan menampal poster umpamanya, mengadakan ceramah dan menganjurkan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar sehingga ke peringkat antarabangsa. Hal ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peri pentingnya menjaga alam semulajadi di sekeliling kita.
4.4 Diri sendiri
Kesedaran di dalam diri tentang isu ini adalah asas kepada usaha yang akan dilakukan oleh samada pihak sekolah, masyarakat mahupun negara. Sumbangan diri sendiri terhadap penjagaan alam sekitar adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan usaha-usaha pihak sekolah, masyarakat dan negara. Antara langkah atau tips yang boleh diambil termasuklah:[3]
4.4.1 Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak dipam secukupnya akan melepaskan gas karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.
4.4.2 Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya menggunakan alat pencuci yang sesuai yang boleh digunakan walau dalam air sejuk atau suam.
4.4.3 Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
4.4.4 Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik atau lampu mentol.
4.4.5 Beli barangan yang boleh dikitar semula. Selain dapat meminimumkan penggunaan bahan mentah untuk penghasilan barangan baru, barangan yang boleh dikitar semula akan memberi keuntungan apabila barangan tersebut dijual untuk dikitar semula.
4.4.6 Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi masalah ini. Selain mewujudkan suasana yang nyaman dan sejuk, penanman pokok turut akan mengurangkan ketumpatan gas karbon dioksida yang terkumpul di sekeliling rumah.
Rujukan dewan siswa.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyak menanam itu bagus..lgpun skrg sayur2 mahal..kat umah byk tanam sayur2 ulam2 serai lengkuas kunyit dll...mmg tak beli klu setakat nak buat rendang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Earth hour setahun sekali macam dah tak relevan sekarang. Maybe boleh buat sebulan sekali untuk bantu atasi pemanasan global. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Sooooooo at 5-5-2017 09:00 PM
Aku mmg suka mnjaga alam sekitar tp bab jimat elektrik xdela trlampu trlalu brhemah sbb kerjaya aku memerlukan penggunaan elektrik. Tp, tak la smpi brlakunya pmbaziran. Bab share kete payah sikit sbb bz dgn keje sush nk kemana2. Yg pnting Jgn mmbazir amalan Jin dn syaitonnn. Guna utk keperluan shj |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah kesan pemanasan global ini? Satu kesan yang langsung ialah peningkatan suhu akan mengembangkan air laut dan akan menyebabkan paras laut naik. Kesan yang lain ialah banyak glasier khas di kawasan benua akan cair dan susut. Contohnya terdapat dua bongkah ais (ice berg) yang lebih besar daripada Pulau Langkawi telah pecah dari dua hamparan ais di benua Antartika |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu cara is by recycling...wpun malaysia da start kuatkuasekan sistem ni...dr segi execution, ramai rakyat still kurang informasi and kurang educated bab execution nye...too bad as this campaign is really a good campaign |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat Brunei, pemakaian karan pakai top up so that people are aware how much their electricity consumes everyday. kalau dulu bayar pakai bulan2, so i think when they start to change using the new system people become more saving and aware. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara Cara2 nya,
1. Jangan tebang hutan sembarangan
Kita tau bahwa hutan merupakan penghasil oksigen terbesar, jika hutan banyak ditebangi tanpa tanggung jawab, lantas siapa lagi yang akan memberi kita oksigen? jika oksigen sedikit atau bahkan tidak ada maka bumi akan dipenuhi dengan CO2, gas ini bersifat akan menaikkan suhu bumi. Lagi pula kita bernafas membutuhkan oksigen tanpanya kita akan mati.
2. Kurangi penggunaan kendaraan berbahan bakah (Seperti motor / mobil)
Sesuai yang telah saya katakan diatas bahwa gas CO2 akan membuat bumi kita panas, sedangkan kita semua tau bahwa kendaraan bermotor akan membuang pembuangan yang berupa gas CO2. jika semakin sedikit motor yang dioperasikan makan akan semakin sedikit gas CO2 yang dihasilkan.
3. Ganti kendaraan bermotor dengan kendaraan berbahan bakar listrik
Alternatif kedua jika memang kita susah untuk meninggalkan kendaraan bermotor. Kendaraan bermotor memang sangat kita perlukan jadi tidak mungkin bagi kita untuk meninggalkannya, alternatifnya adalah menggunakan kendaraan bermotor yang berbahan bakar ramah lingkungan seperti listrik.
4. Mematikan lampu di siang hari
Tanpa disedari ternyata lampu juga akan membuat suhu menjadi panas, kalau tidak percaya cuba dengan meletakkan telur ayam dekat lampu selama beberapa hari dan lihatlah telur ayam akan menetas kerana suhu hangat yang dihasilkan oleh lampu tersebut.
5. Tanam pohon
ini suatu langkah positif yang sangat bagus, kalian bisa menanam pohon di pekarangan rumah dan tempat-tempat lain yang kosong. Dari pada lahan koson tersebut dibiarkan begitu saja tanpa di tanami sesuatu kan mubazir.
Demikianlah cara mengatasi global warming dan pengertian global warming, semoga artikel ini dapat bermanfaat bagi kita semua dan tentunya dapat membantu agar kita semua sadar bahwa kita sudah seharusnya menjaga bumi ini. Kalau tidak kita, siapa lagi?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada org tumpang saya pegi keja tiap2 jari...jln jem dia bantai tdo...acane tu..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang dalam pakai lampu watt kecik je..guna yg perlu je..keliling rumah ditanam pokok..kalo ade rezeki nak beli keta hybrid..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun bukan kita yg gigih meneroka hutan..menebang balak...at least kita main peranan juga menyumbang kepada global warming ni...
Kami sekeluarga memang bercucuk tanam...keliling rumah penuh pokok durian dan rambutan...tanam sayur...pokok pisang..jimat belanja x payah beli sayur...sayur pun x guna racun serangga..
As for electric usage i x bole nak compromise sgt...tapi i memang jadikan habit..kalau x guna..cabut cable dr plug point...dekat rumah dgn dekat office. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dunia akhir zaman. sebab tu panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulakan dari rumah
- recycle
- kurangkan penggunaan elektrik
- tanggalkan plak dari soket jika tak guna
- tanam pokok2/sayur
- libatkn/didik anak utk sayangi alam sekitar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah cuba but kalau saya sorang je maybe takde impact sangat
- cabut plug kalau tak guna
- therma pot pulak i off and panaskan air bila nak minum saja
- walaupun stay condo, i suka tengok bunga so i beli and tanam.. and i penah baca somewhere, pokok tu boleh bagi kita relax and clear the air |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|