CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2386|Reply: 0

Volkswagen Beetle bakal dihentikan pengeluarannya

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:43 AM | Show all posts |Read mode


Menurut satu laporan yang dikeluarkan di Jerman, Volkswagen dalam pertimbangan untuk menghentikan pengeluaran beberapa model kenderaanya berikutan jumlah penjualan model-model tersebut yang perlahan, dan langkah ini adalah usaha Volkswagen untuk mengurangkan kos.
VW Polo hatchback 5 pintu

Masih lagi tiada apa-apa berita yang rasmi dari pihak Volkswagen sendiri, namun menurut Spiegel (majalah automotif di Jerman) VW tidak akan menyambung model Polo hatchback tiga pintu, dek kerana penjualan yang perlahan dan tidak kepada varian Polo yang lima pintu, masih terus kekal dikeluarkan.
VW Eos

Disamping itu, majalah tersebut turut menyatakan bahawa Eos tidak akan ada pengganti bila tempoh pengeluaran terakhirnya berakhir hujung tahun ini. Ini mungkin bukan lah suatu berita yang mengejutkan kerana memang tidak banyak pun kita nampak model ini di atas jalan.
Yang menariknya, dalam laporan itu juga melaporkan VW akan turut menghentikan model Beetle. Ini amat mengejutkan kerana sebelum ini ada terdapat laporan lain yang mengatakan bahawa syarikat automotif dari Jerman itu sedang mempertimbangkan untuk menambah beberapa varian untuk model Beetle tahun ini.
Sumber: Spiegel melalui Autoblog

kredit:[url]www.arenakereta.com[/url]


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041340 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list