|
Tahun lepas Samsung menyatakan bahawa ia akan mengurangkan bilangan telefon pintar yang dikeluarkannya tahun ini, namun maklumat terbaru mengatakan ia telah memfailkan permohonan tandaniaga untuk dua produk berjenama Samsung Galaxy H menunjukkan ia belum bersedia lagi untuk memperlahankan jentera pengeluaran telefon pintarnya.
Samsung Galaxy H Produk Terbaru Samsung?Nampaknya Samsung bakal menlancarkan jenama telefon pintar baharu tahun ini dengan timbulnya maklumat yang mengatakan bahawa syarikat itu telah memfailkan permohonan tandaniaga di Korea Selatan untuk dua produk, Galaxy H7 dan Galaxy H1. Ia tidak menunding kepada mana-mana produk sedia ada, jadi ia sepatutnya merupakan telefon pintar yang bakal dikeluarkan syarikat tersebut.
Jika benar, Samsung Galaxy H akan menyertai jenama telefon pintar Samsung yang lain, iaitu Galaxy A, Galaxy E, dan Galaxy J dalam satu pasaran telefon pintar yang sudah sedia tepu dengan pelbagai jenama telefon pintar dengan Samsung mendahului bilangan jualannya.
Samsung juga telah memfailkan permohonan tandaniaga bagi Galaxy A6, A8 dan A9 di pejabat harta intelek Korea baru-baru ini. Samada telefon pintar bakal dikeluarkan di bawah jenama tersebut akan diketahui menjelang penghujung tahun ini.
kredit:www.techkini.com
|
|