CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2135|Reply: 5

Usah diganggu Aisyah Tajuddin! Mengapa kita mesti menyokongnya

[Copy link]
Post time 24-3-2015 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Usah diganggu Aisyah Tajuddin! Mengapa kita mesti menyokongnya


0 Perkongsian
0 Comments
Kongsikan:         


oleh Mariam Mokhtar
[size=0.875]KOMEN: Kaum Melayu bersikap hipokrit. Mereka berpura-pura mereka tidak memahami satira, dan melantun apabila orang lain mengeluarkan kata-kata menyindir. Mereka bertindak balas apabila mereka rasa sensitiviti mereka terancam, tetapi bebas mengejek orang bukan Melayu dan bukan Islam. Mereka boleh lakukan kepada orang lain, apa yang orang lain tidak boleh lakukan kepada mereka.
[size=0.875]Penganut ​​Islam yang inginkan hudud telah tidak membenarkan perbahasan mengenai perkara ini dan mereka juga telah tidak memberikan pilihan untuk referendum dijalankan. Dalam sebuah tinjauan sulit, mereka juga telah tidak meminta pandangan wanita Melayu.
[size=0.875]
[size=0.875]Pendidikan telah membebaskan ramai wanita dari perhambaan moral dan kewangan, tetapi rasa iri hati kepada kemajuan yang dicapai oleh wanita, terutamanya wanita Melayu, telah menghancurkan ego ramai lelaki Melayu, dan menjadikan mereka rasa rendah diri.
[size=0.875]Serangan terbaru terhadap wanita Melayu berlaku apabila hos BFM, Aisyah Tajuddin telah menerima ancaman rogol dan bunuh, oleh pengguna di media sosial. Klip video oleh BFM itu adalah video satira mengenai rang undang-undang hudud di Kelantan. Untuk memburukkan lagi keadaan, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengancam untuk menghukum Aisyah kerana menghina agama.
[size=0.875]Tindak balas Khalid mengingatkan kita kepada Afghanistan, Somalia dan luar bandar Pakistan, di mana wanita-wanita Islam telah dirogol secara berkumpulan, kemudian disebat kerana menjalankan hubungan seks di luar perkahwinan. Mangsa dihukum dua kali, walaupun bukan atas kesalahan merekasendiri.
[size=0.875]Terdapat banyak perbincangan tentang seks, seks luar nikah, pengambilan alkohol, kecurian, rompakan dan murtad di bawah hudud, tetapi tidak ada perbincangan tentang hukuman bagi rasuah. Apakah hukuman yang menanti mereka yang menerima atau memberi, rasuah sebanyak RM50? Apakah hukuman yang menanti mereka yang mencuri ratusan juta ringgit milik pembayar cukai?
[size=0.875]Dalam pertempuran untuk menjadi lebih Islam dari pihak lain, kedua-dua Umno Baru dan PAS telah memusnahkan masyarakat Malaysia. Penganut Islam Malaysia hari ini menggalakkan kebencian terhadap wanita, kekurangan ketelusan, mempromosi rasa anti-Semitisme, tidak bersimpati terhadap agama lain dan bersifat seperti Wahabi celup, walaupun pada tahap yang lebih rendah. Islam yang diamalkan di Malaysia bukanlah Islam yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita. Penganutnya mengamalkannya kerana tekanan rakan sebaya, bukan kerana mereka bersetuju dengannya.
[size=0.875]Jika Islam adalah agama keadilan, mengapakah wanita Melayu ditekan? Adakah orang-orang yang inginkan hudud, terfikir mengapa Brunei mengamalkan hudud secara terpilih? Hudud dikecualikan ke atas keluarga Sultan Brunei, jadi mana perginya kesaksamaan?
[size=0.875]Hudud di Malaysia adalah hasil daripada kejuruteraan politik. Langkah pertama dalam pelan induk Umno Baru Datuk Seri Najib Razak, adalah untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar adalah gam bagi ketiga-tiga parti. Najib berjaya menyingkirkan Anwar dengan bantuan badan kehakiman.
[size=0.875]Bahagian kedua pelan induk Najib adalah untuk menghancurkan Pakatan. Beliau sedang dibantu, secara langsung atau tidak langsung, oleh ulama-ulama dalam PAS. Apabila Pakatan lemah, Umno Baru boleh terus menjarah negara, dan satu-satunya pertelingkahan adalah antara puak Najib dan puak Mahathir. Tiada apa yang lebih penting dalam dunia politik Umno Baru. Hudud adalah mudah.
[size=0.875]Golongan fanatik membenci video Aisyah kerana ia membuatkan orang ramai berfikir tentang hudud dan kelemahannya. Itulah sebabnya dia telah menjadi sasaran, dan itulah sebabnya kita perlu memberikan sokongan kita terhadapnya.


- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.dXQ41KVq.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 08:33 PM | Show all posts
hello mariam mokhtar

saya tanya apa khabar
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Miabebe melantun bila org yg miabebe xpenah kaco idup dia dok menyebok hal miabebe  siap d tag2 gitu..xgitu @chazey sayam
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
miabebe replied at 24-3-2015 12:35 PM
Miabebe melantun bila org yg miabebe xpenah kaco idup dia dok menyebok hal miabebe  siap d tag2 gitu ...

Hahahahahadoiii...

Sana sini ko seru name
Si chazey tu mia.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Felycya replied at 28-3-2015 01:27 AM
Hahahahahadoiii...

Sana sini ko seru name

Bhahaaha haha

Ni kisah lama la fel..tgk tarikh tu..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:13 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Lupa dah ni kes hapa...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064260 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list