CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8586|Reply: 1

ZAPIN ALA GOT7. MALAYSIA TAK MAU 'PISANG BERBUAH 2 KALI'

[Copy link]
Post time 27-3-2015 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 27-3-2015 11:18 AM

Kuala Lumpur : Walaupun baru saja keluar dengan album penuh pertama bertajuk ‘Identify” yang dilancarkan pada November 2014 dan mendapat tempat dihati peminat jadi tidak hairan la album ini terus meloncat naik menduduki tangga carta lagu teratas di Asia seperti Thailand, Hong Kong, Philippines dan Malaysia. Selepas menjayakan ‘Fan Meeting’ yang bermula di Hong Kong, Taipei, Shanghai, manakala semasa '1st Fan Party' di Bangkok penjualan ticket habis terjual dalam 15 minit sahaja, tapi tidak hairanlah kerana salah seorang ahli iaitu BamBam berasal dari Thailand. Kini Malaysia menjadi persinggahan seterusnya selepas Bangkok pada 21 Mac 2015 bertempat di KL Live Centre, Kuala Lumpur. Pada hari yang sama juga satu sidang media telah diadakan 4 jam sebelum 'FanMeeting' dijalankan.

Kedatangan mereka ini adalah untuk kali kedua selepas pengambaran music video mereka di sekitar Seksyen 13, Shah Alam pada 8 bulan yang lepas. Dan tentu saja mereka sangat gembira untuk kembali lagi apatah lagi dalam jangkamasa yang begitu dekat sekali selepas pengambaran dibuat. Dalam pada itu perkara pertama yang mengingatkan mereka kepada Malaysia sudah semestinya adalah music video mereka 'A'.


GOT7 sungguhpun masih baru setahun jagung usia kumpulan mereka. Memenangi ‘Best New Artist’ dan ‘China Goodwill Star Award’ dalam Golden Disk Award 2015 di China dan juga  ‘New Artist' di Seoul Music Award 2014 di Korea adalah merupakan pencapaian mereka yang paling manis. Salah satu perkara yang membuat mereka cepat serasi sebagai satu keluarga walaupun berlainan bangsa dan bahasa iaitu gabungan dari 3 negara iaitu Korea, HongKong dan Thailand namun tiada masalah mereka berkomunikasi kerena mereka semua bertutur dalam bahasa Korea. Malah pengacara Jen sempat lagi mengusik mereka menyatakan bahawa di Malaysia juga mempunyai pelbagai bangsa dan rumpun bahasa. Jackson kelihatan agak teruja bila pengacara bercakap dalam bahasa ibundanya iaitu Mandarin.

Setiap kumpulan sudah semestinya mengimpikan untuk mengadakan konsert besar-besaran namum buat masa terdekat ini mereka belum ada rancangan sebesar itu kerana untuk mengadakan konsert berskala besar sudah semestinya memerlukan banyak perancangan. Tapi kata mereka sekiranya pihak pengajur sudi menjemput mereka untuk mengadakan konsert pertama di Malaysia, mereka sudah pasti berbesar hati untuk datang lagi ke Malaysia. (Oke..pihak pengajur sila bersedia dari sekarang. Tak sempat tahun ni pastikan buat pada tahun hadapan ok.. IGOT7 Malaysia menanti dengan sabar…ehee)

Didalam GOT7, Jackson sudah pasti menjadi tumpuan utama para media di Malaysia.  Jackson menyatakan bahawa dalam program realiti 'Roommate Season 2', episode yang paling disukainya sehingga membuatkannya menangis, bila mana JY Park membawa ibubapanya ke set pengambaran sebagai hadiah Krismas untuknya.  (Ya la siapa yang tak rindu dengan mak bapa kan.. Sesiapa yang melihat episode ini sudah pasti akan menangis terharu.)

Ketika soalan ni ditanya…ramai media yang didalam mood tidak bersetuju...wah tidak patut...tidak patut...kalau anda IGOT7... Walaupun ini adalah kali pertama GOT7 mengadakan FanMeet di Malaysia. Apatah lagi lagu masih baru dan belum terdedah lagi. Bagaimana GOT7 menarik minat pendengar supaya menyukai music dan kumpulan GOT7.  Ketika soalan ini ditanya kelihatan Bambam dalam keadaan keliru dan bertanya 'how to make them to loves us right'. secara sepontan Jackson memberi cadangan iaitu dekati orang itu dan bisikkan ketelinga. 'Heyy..I’m Got7’. Yaaa.... Jackson memang suka melakukan perkara spontan dan kelakar…hehe

Sebelum sidang media berakhir, bila ditanya apa yang mereka pikirkan bila teringat peminat Malaysia. Masing-masing mempamerkan wajah teruja, mereka amat berterima kasih kepada peminat Malaysia kerna ketika mereka pertama kali datang ke Malaysia untuk pengambaran music video. Mereka lihat peminat mengekori dan asyik mengambil gambar mereka kemana saja disamping itu juga peminat Malaysia sangat baik, sopan dan peramah.

Manakala sejurus selepas sidang media, telah diadakan sesi ‘Hi-Five’ secara tertutup bersama 100 peminat pemengang tiket VVIP+. Bak kata pepatah melayu tak mau  'pisang berbuah 2 kali’. Dipahamkan untuk sesi ini para peminat diminta untuk menandatangi surat perjanjian mematuhi berberapa peraturan yang ditetapkan. GOT7 memakai sarung tangan ketika bersalaman demi menghormati peminat perempuan yang beragama Islam. Tentunya ini adalah pengalaman pertama untuk GOT7 apatah lagi kepada peminat Malaysia hanya disebabkan tak mau 'pisang berbuah 2 kali’.

Penampilan GOT7 di Malaysia memang dilakukan dengan penuh hati-hati sekali. Walaupun lincah menari dan ada masa melakukan tarian ala stunt dan terkadang kelihatan agak tidak selasa dengan tahap cuaca panas di Malaysia namum mereka tetap berpakaian sopan dan menjaga jarak diantara peminat. Menyampaikan sebanyak 7 lagu yang dimulakan dengan lagu rancak ‘Stop Stop It’ sebagai pembuka tirai persembahan. Sebelum bermula segmen permainan ‘What In The Box’  mereka harus mengenali 7 jenis barang yang terpapar di screen besar sambil dibantu oleh para peminat. Barang tersebut akan bakal disembunyikan didalam kotak dan mereka harus meneka apakah benda yg mereka sentuh berpandukan deria sentuh mereka.  BamBam mendapat terompah. YuGyeom mendapat bola sepak takraw. Mark mendapat patung kecil urang utan.  JR mendapat replika ketupat dan sempat mengusik Young Jae yang mendapat tanjak dan terus memakainya. Terakhir Jackson mendapat buah manggis dan terus memakannya sambil memuji kesedapan buah tersebut.

Ketika sesi photo bersama peminat yang dipilih melalui cabutan tiket yang dibuat sebelum GOT7 muncul dipentas. Kawalan ketat dibuat. Para securiti berdiri diantara GOT7 dan peminat. Walaupun ini kelihatan sangat pelik dan hanya berlaku di Malaysia dalam masa yang sama ada peminat yang berkeluh kesah sedih dan kecewa. Sekali lagi ulang tag kak bel ni tak mau 'pisang berbuah 2 kali’ maka peminat kena faham dengan situasi yang cuba dielak oleh pihak pengajur supaya tidak tercetus sebarang kontorvesi… Oke ulang tag kak bel tu sekali lagi…ya sudah…sudah…. Hehe

Selain segmen membaca ‘Letter from fans’, satu segmen yang sangat mencuit dan menawan hati peminat bila GOT7 menari tarian zapin ala GOT7 style. Memang suasana penuh dengan gelak ketawa melihat telatah lucu mereka ini. iGOT7 Malaysia pula telah membuat GOT7 terharu ketika menonton video khas 'flashmob' berlokasikan tempat pengambaran music video 'A' dan seterusnya kejutan ‘birthday cake’ kepada Jackson yang bakal menyamput hari lahirnya pada 28 Mac.

Selain lagu ‘Stop Stop It’, lagu lain pada malam tersebut adalah ‘Gimme’, ‘Moonlight’, ‘Forever Young’. Ketika lagu 'A' kelihatan kesemua peminat bernyanyi bersama-sama. Lagu terakhir adalah ‘Girls Girls Girls’. Manakala semasa encore pula lagu ‘Bounce’ menutup tirai persembahan mereka. Usai sahaja persembahan, GOT7 bergegas ke lapangan terbang untuk kembali ke Korea.

Syabas diucapkan kepada pihak pengajur Erama Creative Sdn Bhd ( ini adalah projek pertama Kpop yang diacarakan oleh mereka) Cuma satu teguran supaya jangan membeza-bezakan media. Media bukan minta layanan 1st class tapi media cuma minta dilayan sama rata saja. Diharap masa akan datang tidak berulang lagi…ohhh..apa tag kbel tuuuu… hehe.. Apa pun jangan lupa GOT7 sudah berjanji untuk mengadakan konsert penuh mereka. Bukan sahaja perkara ini dinyatakan semasa sidang media malahan sekali lagi mereka mengulanginya dihadapan iGOT7 semasa 'FanMeet' tersebut berlangsung. Oleh itu sekali lagi Erama Creative Sdn Bhd kena bersedia dari sekarang. Kami pihak media akan sentiasa menyokong usaha anda. Fighting.

Sekalung terima kasih kepada pihak Erama Creative Sdn Bhd yang dibantu oleh Anextstar Production Sdn Bhd diatas jemputan media.

Note sampingan. UMobile yang kini semakin mendapat tempat dihati pengguna akan melancarkan product terbaru mereka dalam masa terdekat. Kalau anda pengguna UMobile jangan lupa mengunjungi cawangan UMobile yang terdekat.

Artikel oleh : Isabel
Video oleh : Isabel dan Tna
Photo oleh : Erama Creative Sdn Bhd & Tna

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2015 11:51 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076610 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list