Edited by isabel at 3-4-2015 10:38 AM
Sepang, March 29 : Mereka kembali lagi! Tanggal 29 Mac 2015 merupakan sebuah kenangan bermakna bagi peminat tegar KPOP khususnya kepada Sone dan Shawol di Malaysia. Kelainan yang ditampilkan untuk konsert pasca perlumbaan bagi Formula 1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 kali ini begitu mengujakan. Konsert yang berdurasi selama 2 jam ini, menampilkan dua kumpulan gergasi Asia yang berasal dari Korea Selatan, Girls’ Generation dan SHINee sememangnya amat dinanti-nantikan. Bertempat di Helipad Litar Antarabangsa Sepang, bermula tepat jam 6:30 petang peminat-peminat dapat menyaksikan kehebatan kumpulan kegemaran mereka beraksi dipentas dengan penuh bertenaga. Walaupun hujan turun di awal persembahan namun keterujaan para peminat yang tetap sabar langsung tidak berganjak demi bertemu dan melihat secara dekat kumpulan pujaan mereka.
Girls Generation yang kini dianggotai oleh lapan jelitawan iaitu Taeyon, Yuri, YooNa, Tiffany, Hyoyeon, Sunny, Sooyong, dan Seohyun. Ini merupakan kedatangan kali kedua mereka di Malaysia selepas konsert TwinTowers @LiVe pada tahun 2012. Walaupun kedatangan kali ini adalah tanpa YoonNa yang tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain, namum ianya tidak mengurangkan keterujaan Sone Malaysia. Menghangatkan pentas dengan lagu-lagu hits mereka iaitu ' Mr Taxi', ' Genie' (Tell MeYour Wish), 'The Boys', 'Complete', 'Hoot', 'I Got A Boy','Kissing You'. Sambil menyapa peminat, Tiffany meluangkan rasa gembira kerana mereka berpeluang untuk datang ke Malaysia lagi untuk menghibur para peminat sebelum menutup persembahan mereka dengan lagu 'Gee' dan 'Mr Mr'.
Mengambil alih pentas persembahan diteruskan dengan kemunculan lima jejaka kacak yang terdiri dari Onew, JongHyun, Key, Minho, dan Taemin. Membuat kemunculan pertama di pentas Golden Disc Award pada tahun 2013, penonton menyaksikan kehebatan SHINee mempersembahkan lagu-lagu popular mereka dengan 'Sherlock', 'Lucifer', 'Love Like Oxygen', Why So Serious', 'Ring Ding Dong', dan 'Dream Girl'dengan iringan persembahan tarian yang cukup mantap dan bertenaga, memberi impak dan kepuasan kepada para penonton. Persembahan 'dance break' dan diakhiri dengan lagu 'Everybody' sebagai tanda tirai kpop konsert di Sepang telah benar-benar berakhir.
Ini adalah persembahan konsert kpop yang bertempat di Sepang diadakan khas selepas penyanyi Korea bertaraf antarabangsa Rain pada tahun 2011 untuk menghibur para penonton dalam dan luar negara yang datang menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Sepang International Circuit. Penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Petronas Malaysia Grand Prix ini telah memasuki edisi ke-17 dan dikabarkan pihak Sepang International Circuit (SIC) memohon untuk memperbahrui kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu di Litar SIC untuk tempoh 3 tahun lagi. Oleh kerana Formula Satu (F1) ini adalah merupakan acara antarabangsa yang terbesar di Malaysia yang telah banyak menarik pelancong dalam dan luar negara. Diharapkan ianya berjaya.
CARI Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengajur Sepang International Circuit (SIC) diatas jemputan media tersebut.
Artikel oleh : syamer (boi) Editor oleh : isabel Gambar oleh : SIC dan syamer |