CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 2

Enam kerjaya ‘terbaik’ dan ‘terburuk’ di Malaysia hari ini

[Copy link]
Post time 4-4-2015 08:09 AM | Show all posts |Read mode


Enam kerjaya ‘terbaik’ dan ‘terburuk’ di Malaysia hari ini


Kongsikan:         


oleh V Shuman
[size=0.875]KOMEN: Adakah anda ibu atau bapa yang bimbang dengan masa depan anak anda yang masih remaja, dan menimbang tentang pilihan kerjaya yang sesuai untuknya?
[size=0.875]Jika ya, kami ingin menawarkan beberapa tips yang tentang haluan yang boleh anak anda ambil, dengan mengambil kira keadaan sosial semasa di Malaysia.
[size=0.875]Adakah anda fikir menjadi doktor, jurutera, peguam dan yang sewaktu dengannya yang menjamin kejayaan masih menjadi pilihan utama?
[size=0.875]Dan adakah anda percaya terlibat dengan jenayah dan kehidupan yang tidak baik adalah pilihan yang buruk? Jika melihat pada keadaan sekarang, percaya atau tidak bahawa senarai kerjaya yang paling selamat dan sebaliknya sudah tidak sama lagi.
[size=0.875]Walaupun senarai itu tiada bersama kaunselor kerjaya di sekolah, itulah realiti yang kelihatan sekarang.
[size=0.875]Mari kita lihat senarai pendek (enam) kerja yang paling “merbahaya” yang kemungkinan besar akan menghumbankan anda ke dalam penjara di negara ini, dan enam yang “selamat” dan akan menjamin kehidupan yang tenang dan senang.
[size=0.875]Pertama, bidang yang paling merbahaya adalah…politikus, mahasiswa, aktivis, kartunis, peguam dan ahli akademik.


Dan yang paling merbahaya adalah…gangster, politikus korup, bapa ayam dan pelacur, perompak dan peragut.
Jika anak anda memiliki aspirasi untuk menjadi politikus di pihak pembangkang, nasihatkannya agar jauhi bidang tersebut.
Jika tidak, kemungkinan sekumpulan polis bersenjata akan mengetuk pintu rumah mereka ketika dinihari dan membawa mereka ke lokap – itu pun jika mereka cukup bertuah tidak dilarikan ketika di tempat terbuka.
Jika itu tidak memadamkan cita-cita mereka, beritahu bahawa sebaik sahaja mereka dilokap, mereka akan dipaksa memakai pakaian lokap pada setiap masa dan digari, seolah-olah mereka cukup kuat untuk menumbangkan kerbau dalam satu tumbukan.
Walaupun individu yang ditahan itu realitinya adalah seorang lelaki pertengahan umur yang mungkin pitam selepas berlari 50 meter.
Selain itu, menjadi mahasiswa yang bertanya soalan juga bukanlah hal yang sihat. “Tugas anda adalah belajar, bukan bertanya soalan!”
Menjadi aktivis di Malaysia juga membuatkan anda berisiko menjad sasaran kerana “pegangan ekstrem” anda.
Mempersoalkan kezaliman yang berlaku di depan mata? Membantu golongan miskin yang kehilangan tempat berteduh? Anda lebih merbahaya berbanding pentaksub yang sanggup mengangkat senjata dan memenggal kepala orang lain hanya kerana kepercayaan agamanya.
Melukis kartun tentang isu semasa boleh menyebabkan anda diburu polis. Tanya sahaja Zunar, beliau mesti tahu.
Anda fikir sudah cukup faham undang-undang untuk berjuang di pihak yang menjadi mangsa penguasa? Fikir sekali lagi. Anda lihat ada yang tidak kena dengan keputusan mahkamah, yang mampu menyebabkan seseorang hilang kenyakinan terhadap apa yang anda belajar dan berikrar untuk mempertahankannya? Jangan sesekali berani mempersoal!
Pakai sahaja jubah anda dan ikut sahaja apa yang dilakukan peguam lain. Selain itu, hindari media sosial, terutama Twitter.
Memilih kerjaya dalam bidang akademik akan memberikan kehidupan yang selesa, selagi mana anda hanya memberi syarahan terhadap mata pelajaran anda dan mengeluarkan kertas kerja tebal yang penuh dengan istilah akademik.
Anda hanya boleh berikan pandangan “pakar” anda dalam isu melibatkan kepentingan negara jika sanggup bermalam di lokap dan menempuhi perbicaraan mahkamah yang panjang.
Seterusnya, kita ada pilihan kerjaya paling selamat. Walaupun ia tidak kelihatan seperti kerjaya yang patut digalakkan kepada anak anda, keaadan semasa menunjukkan ia lebih selamat daripada enam kerjaya di atas.
Pertama – terlibat dalam gangsterisme. Gangster di negara kita telah (dan berterusan) mencapai kejayaan dalam kehidupan – mereka boleh menyelesaikan pertikaian dengan musuh dengan cara dan pada bila-bila sahaja yang mereka suka, tanpa halangan.
Yang terbaik antara mereka dapat masuk ke dunia politik, dan tidak perlu disebut lagi, mereka pasti akan menyinar.
Kedua, politik. Ini tidak bertentangan dengan senarai sebelumnya. Kuncinya adalah memilih pihak yang betul.
Jika anda memang bersikap korup dan menyertai pihak yang betul dalam politik Malaysia, anda berada di puncak.
Jika anak anda memiliki kelakuan sumbang, maka galakkan mereka untuk menceburi bidang perdagangan tubuh. Ia adalah bidang yang paling menguntungkan pada hari ini, dengan hasil mencecah berbilion ringgit.
Anak muda lelaki perlu mahir menjadi orang tengah, sementara anak muda perempuan perlu bersedia menjual diri kepada orang yang tidak dikenali.
Tidak sumbang, tetapi ada ciri-ciri ganas? Jangan gusar, bidang rompakan dan ragut sedang menunggu. Mereka yang memilih gaya hidup sedemikian bebas untuk beroperasi di mana-mana sahaja, malah pada waktu siang, tanpa perlu risau akan ditangkap.
Jalan ini juga akan menyebabkan nama dan aksi anda dipaparkan dalam media setiap hari, seperti yang dapat dilihat hari ini. Hidup dengan pantas, bebas dan terkenal.
Dengan itu, senarai ini sudah lengkap. Benar, ada pilihan kerjaya lain yang sesuai untuk kedua-dua kategori ini, namun apa yang disenaraikan di sini seperti yang paling popular mutakhir ini.
Jadi ibubapa sekalian, dan juga remaja yang membaca, anda tahu apa yang perlu dilakukan. Ia mungkin tidak kelihatan seperti kerjaya yang disukai orang tua kita, namun itulah yang paling menguntungkan sekarang.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.sdzIM8ZS.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 09:22 PM | Show all posts
Ok noted
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:23 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Camne nak baca ni...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.585511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list