CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 0

Harimau Kumbang baham JDT II

[Copy link]
Post time 6-4-2015 10:06 AM | Show all posts |Read mode


Dua gol pada lewat permainan menerusi pemain import membantu pasukan Pulau Pinang menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam ini.

                Kemenangan tersebut bukan sahaja menyaksikan skuad 'Harimau Kumbang'  mengambil alih kedudukan pendahulu dari Sabah, tetapi turut melebarkan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan.

Ketinggalan seawal minit kedua perlawanan menerusi gol bekas penyerang kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pasukan Pulau Pinang pantas bangkit menerusi jaringan Hilton Moreira dan Alberto Goncalves pada masa kecederaan.

Wakil kelab Terengganu, T-Team pula meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol skuad 'The Titans' dijaringkan oleh Farhod Tadjiev pada minit kelapan dan 45' selain gol sendiri pemain Sabah, Alto Linus dan Sadriddin Abdullaev pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Tiga gol skuad 'SabahRhinos' disumbangkan oleh penyerang import dari Australia, Joel Joseph Chianese pada minit kelima dan 16 serta gol Eamon Zayed pada minit ke-63.
   
Di Stadium Darul Makmur, wakil kelab dari Pahang, Kuantan FA yang merupakan juara Liga FAM 2014, meraih kemenangan sulung musim ini selepas menang tipis 2-1 ke atas DRB Hicom FC.

Skuad 'The Seagulls' bagaimanapun ketinggalan menerusi gol Ahmad Aminuddin Shaharudin pada minit ke-12 sebelum penyerang import dari Montenegro, Milan Purovic meledak dua gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-39 dan 84'.

Turut meraih tiga mata adalah pasukan kelab UiTM FC yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas pasukan tercorot liga, SPA Putrajaya FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Kepulangan semula pasukan Kuala Lumpur ke gelanggang keramat iaitu, Stadium Merdeka bagaimanapun gagal mengubah nasib mereka selepas kalah tipis 1-0 kepada Kedah menerusi gol Chidi Edeh pada minit ke-24.

Pasukan kelab, Selangor PKNS FC dan Negeri Sembilan berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

sumber:www.stadiumastro.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050664 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list