DJI telah menjadi piawai dalam arena drone pengguna dengan ciri mesra penggunanya yang membolehkan ia digunakan oleh para profesional mahupun amatur dan pelancaran drone terbarunya, Phantom 3, mengukuhkan lagi takhtanya di arena tersebut dengan ciri menarik penstriman terus ke Youtube.
DJI Melancarkan Drone Phantom 3
DJI telah melancarkan model drone terbaharunya, Phantom 3 yang didatangkan dengan ciri-ciri menarik, antaranya, penstriman terus ke Youtube. Dua model drone akan ditawarkan – Professional yang didatangkan dengan kamera 4K dan Advanced yang didatangkan dengan kamera 1080p – dengan harga jualan antara USD1,250 dan USD999. Kedua-duanya akan mula dipasarkan dalam beberapa minggu lagi.
Dari segi penampilannya, tidak banyak berbeza. Rekabentuknya kelihatan lebih kurang sama dengan model Phantom 2, tetapi belang dan plat nama yang dahulunya berwarna merah, kini ditampilkan dalam warna emas.
Terdapat beberapa kemaskini perisian dan perkakasan penting ditampilan pada drone ini menjadikannya suatu produk berbeza dari model sebelumnya. DJI telah menambah kamera menghala kebawah untuk memberikannya sistem posisi visual. Ini membolehkannya merlegar diudara tanpa perlu ada isyarat GPS, satu ciri penting dalam penerbangan dalam bangunan.
Sistem posisi Phantom 3 juga telah dikemaskini untuk berfungsi dengan GLONASS, yang merupakan sistem satalit pemposisian buatan Russia yang mempunyai fungsi sama dengan GPS. Keserasian dengan kedua-dua sistem satalit itu membolehkannya menentukan kedudukannya dengan lebih pantas.
Drone ini juga didatangkan dengan sistem DJI Lightbridge. Sebelum ini pengguna terpaksa berbelanja tambahan USD1,400 untuk sistem ini dan ia memerlukan pemasangan yang menyusahkan. Kini sistem ini terbina dalam Phantom 3 dan membolehkan penstriman video HD dari jarak 2KM. Ini juga membolehkan juruterbang merakam video tersebut dari kedudukannya.
Namun, belum diketahui bila drone ini akan memasuki pasaran Malaysia, namun dijangkan tidak lama selepas pelancarannya di pasaran antarabangsa. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web DJI.
|