Penyerang import baharu Felda United, Thiago Augusto Fernandes tekad membawa The Fighters menjulang gelaran Liga Super musim ini selepas mengikat kontrak semusim bersama kelab itu, pada Khamis. Fernandes menyertai Felda United dari kelab Liga Perdana Bahrain, Al Manama untuk menggantikan Edward Junior Wilson. Beliau memulakan karier profesioanalnya bersama kelab Brazil Operario PR pada tahun 2013 sebelum menyertai Manama.
Penyerang kelahiran Brazil ini hadir dengan reputasi hebat selaku penjaring terbanyak liga itu dengan 17 gol musim lalu.
Musim ini, Fernandes yang berusia 25 tahun menjaringkan 14 gol untuk muncul penjaring terbanyak bekas pasukannya itu.
Miliki kepakaran menerusi tandukan, dia dijangka membuat penampilan sulung bersama skuad Felda pada aksi menentang Pahang di Stadium Selayang, Sabtu ini.
Thiago berkata beliau berharap dapat membantu Felda menjulang trofi Liga Super Musim in: "Bagaimanapun saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu Felda menjadi juara Liga musim ini".
Sementara itu, kelab bola sepak Felda United menegaskan tiada isitilah tidak mengenang budi susulan "singkirkan" Junior Wilson walaupun penyerang dari Liberia itu ketika ini muncul penjaring terbanyak The Fighters dalam Liga Super. Gambar: Felda United FC
|