[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA TERENGGANU: Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu (Kopemat) Berhad dengan bantuan kerajaan negeri sedang membina sebuah kilang memproses madu bernilai lebih RM100,000 di Cendering. [size=0.98em]Ahli Jawatankuasa Kopemat, Ibrahim Ismail berkata, kilang tersebut dijangka mampu memproses 200 botol madu sehari mulai akhir tahun ini. [size=0.98em]Beliau berkata, Kopemat memasarkan kira-kira dua tan madu bernilai hampir RM50,000 tahun lepas dan berhasrat meningkatkan pemasaran tahun ini. [size=0.98em]Harga madu asli di Terengganu ialah antara RM50 dan RM55 satu kilogram, katanya kepada Bernama.
[size=0.98em]Beliau berkata, kini lebih 100 pencari madu bernaung di bawah Kopemat. [size=0.98em]Madu boleh diperoleh di pokok di pinggar hutan seperti meranti, kapur dan jelutong.
|