Edited by LabuLabi69 at 29-5-2015 03:51 PM
STRESS KERJA
Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24 jam lah tempat yang dituju.
"Hmmm," keluhku.
Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memangbersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangatpun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia 'kaw' pun dah sedap.
Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawanbertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit sajapun kalau memandu.
Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia.Hampir kesemua tempat penuh.
"Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?"
Duduk dan order. 'Mak aiii!'
Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlahjuga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat danketat, pergi mana pun takkan berseri.
Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekelilingmemerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkandi siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepalayang tidak gatal.
Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuanberjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikansetiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalulihat dalam kaca tv.
Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannyadihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekaliapabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepadapelanggan.
"Ini tehnya. Makan? Tak mahu?," tanya seorang pelayan kedai itusambil menghentak cawan yang berisi air teh.
Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duitpelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macampengemis meminta sedekah.
Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli,barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minumanitu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada 'sesuatu' yangdiletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.
Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yangmerekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah.Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepatmerenung ke arah lembaga itu tadi.
Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak dikaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambilmembayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminumdan mahu digantikan dengan minuman yang lain.
"Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,"
Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.
“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jarimenunjuk ke arah siling.
Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.
Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh kekiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya,tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah kearah sebuah lagi kedai mamak.
Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badanmenghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surahdibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia,kaki pelahan menuju ke arah kereta.
Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.
Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupuntidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang inginmencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.
Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu.Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan rayadan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapapelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.
"Buat tak tahu je lah"
Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.
Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mataterus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagaimenunggu arahan tuannya.
Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannyasehingga memerlukan bantuan daripada 'luar'? Jika dilihat, pelanggannya memangramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memangenak!
Apakah ketamakkan telah mengabui matanya?
Wallahua’alam..
|