|
Ramai di antara kita pernah mengalami situasi insomnia samada ketika berada di bangku sekolah mahupun di alam kerja.
Bagi seseorang itu yang mempunyai pengalaman insomnia, walaupun hanya sesekali berlaku, kesannya boleh dikatakan amat memeritkan,
Ada pihak tertanya-tanya bagi mereka yang sering mengalami keadaan insomnia, setiap malam macam mana dapat melalui malam yang berpanjangan tanpa tidur.
Persoalan itu hanya orang yang berkenaan yang layak menjawabnya.
Ini kerana tidak kira cara macam mana pun kita baring atas katil samada tidur meniarap, menelentang atau menghadap ke kiri atau ke kanan, keinginan untuk tidur langsung tidak tercapai kerana mata tetap terbeliak sampai keesokan hari.
Tambahan lagi, cara 'menghitung biri-biri' sepertimana yang sering dilakukan untuk membuatkan seseorang itu cepat boleh tidur, sebenarnya cara sedemikian boleh dikatakan tidak membawa apa-apa faedah langsung.
Kalau nak dibandingkan, mendengar muzik adalah lebih berkesan untuk membuatkan seseorang itu tidur berbanding dengan cara 'menghitung biri-biri'.
Baru-baru ini, terdapat seorang pakar kesihatan dari University Harvard yang bernama Andrew Well telah mengkongsikan satu teknik atau cara yang boleh membantu seseorang itu mudah untuk rasa tidur.
Yang penting seseorang itu mengikut sahaja cara tersebut dan dijamin dalam masa 60 saat akan tidur tanpa menggunakan sebarang ubat atau peralatan sampingan.
Teknik tersebut dipanggil sebagai 'Cara Bernafas 4-7-8'.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|