CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2937|Reply: 6

Minat kereta lama

[Copy link]
Post time 10-6-2015 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Memiliki kereta berusia terus menjadi aspirasi segelintir peminat kereta lama di Kepulauan Borneo yang kini semakin popular untuk menjadikan koleksi peribadi paling bernilai.
Meskipun muncul pelbagai kenderaan canggih berbentuk futuristik dengan kelengkapan teknologi terkini, ia langsung tidak menggugat hobi peminat kereta lama atau antik.



Sebenarnya, usaha mereka boleh dianggap murni selepas ‘berjaya’ menyelamatkan kereta lama yang bernilai sebagai sejarah automotif.
Malah, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan ribuan ringgit untuk mengubah suai kenderaan supaya lebih kemas dan menarik.
Ini boleh dilihat melalui penganjuran Perhimpunan Tahunan Old-School Sabah yang berjaya me-ngumpul lebih 250 kenderaan lama dari sekitar Sabah, Sarawak dan Brunei.
Lebih menarik, perhimpunan turut disertai penggemar jentera lama dari Pahang dan Perak sebagai tanda sokongan kepada penganjuran program berkenaan.
Penyelaras program, Mohd Syahrin Salleh berkata, program kali ketiga itu bagi mengumpul penggemar jentera lama seluruh Borneo, selain dari Semenanjung.



“Perhimpunan ini kami mulakan pada 2013 dengan kehadiran kenderaan sebanyak 190 di Borneo Paradise Kinarut manakala kali kedua di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014 membabitkan sebanyak 300 buah.
“Namun tahun ini ada sedikit penurunan penyertaan apabila kami hanya mampu mengumpul lebih 250 kenderaan berikutan lokasi yang kecil berbanding sebelumnya, namun sambutan peminat di luar jangkaan,” katanya.
Pada perhimpunan itu, sebanyak tujuh kategori dipertandingkan sebagai pengisian kepada program berkenaan.
Peserta program, Mohd Tahir Yussuf, 58, berkata, penganjuran itu berjaya menarik minat penggemar kenderaan dari pelbagai umur dan peminat serata Borneo.



Beliau yang berasal dari Brunei mengakui perjalanan lebih lima jam ke Sabah memberi keseronokan buat dirinya apabila dapat berkumpul dengan rakan peminat kereta lama.
“Sebagai orang lama yang menyertai program ini, saya lihat ia mampu mengalihkan tumpuan golongan muda ke arah yang lebih baik berbanding menyertai aktiviti tidak sihat.
“Selain itu, saya berbangga apabila ramai golongan muda meminati kereta lama yang kini kurang diberi perhatian kerana jentera ini sangat berharga pada masa akan datang,” katanya.
Mohd Tahir yang menyertai program itu setiap tahun kini memiliki kereta jenis Toyota Celica Lift Back tahun 1976.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 5:05 AM

KENDERAAN lama mencuri tumpuan pengunjung.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52998#sthash.HY759fEg.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 10:59 AM | Show all posts
kereta aku da 10 tahun. assume kereta lama jgk ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:19 PM | Show all posts
kete aku 20 taun
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:21 PM | Show all posts
otai_g replied at 10-6-2015 10:59 AM
kereta aku da 10 tahun. assume kereta lama jgk ker?

10 taun tak masuk dlm kategori ni...
kete lama maksudnya kete zaman 60an - 80an
yg rare.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 06:02 AM | Show all posts
Dlm rancangan sembang teh tarik, ac mizal byk bawa kereta lama yg unik
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:59 AM | Show all posts

Kete Conti ker Bro Zulka? Aku punya dah 23 tahun. Nak simpan sampai anak aku boleh pakai la plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2015 09:02 AM | Show all posts
DCrystal replied at 26-6-2015 08:59 AM
Kete Conti ker Bro Zulka? Aku punya dah 23 tahun. Nak simpan sampai anak aku boleh pakai la plak.  ...

good...
simpan je bro, nk jual mcm rugi,sayang,byk kenangan...simpan jelah smpai mereput..hehe
kete aku japan 100% japan, bukan made in melaka...hehe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.175564 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list