View: 1973|Reply: 0
|
Maya Karin Berjaya Kumpul Aset Bernilai RM8 Juta
[Copy link]
|
|
Maya Karin Berjaya Kumpul Aset Bernilai RM8 Juta
Print Email Details Published on Monday, 06 July 2015 11:24
Selain menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap dan duta beberapa produk, pelakon dan penyanyi, Maya Karin, giat membabitkan diri dalam bidang pelaburan hartanah.
Memetik laporan Harian Metro menyebut, wanita berusia 36 tahun kini sudah mengumpul aset bernilai RM8 juta hasil daripada pelaburan tersebut.
"Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan"
"Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri"
"Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung," katanya.
http://www.malaysiandigest.com/h ... nilai-rm8-juta.html
#kipidap #dongibab
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|