CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2468|Reply: 3

Skru & Spanar: Lampu amaran enjin bernyala

[Copy link]
Post time 14-8-2015 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Saya memandu Proton Wira 1.6 liter transmisi automatik dan lampu amaran enjin kerap bernyala secara berkelip.
Mekanik pernah mencadangkan kepada saya supaya suis di bahagian papan pemuka dicabut supaya lampu itu tidak lagi berkelip. Adakah selamat jika lampu itu tidak berfungsi dan boleh cadangkan bengkel mana yang mampu memperbaiki kerosakan itu?



Selain itu, van Toyota Liteace saya tidak boleh diundur dan mekanik yang memeriksanya memberitahu, minyak kotak gear berkurangan. Selepas tujuh bulan, masalah itu masih berlaku dan tidak diketahui puncanya.
Juga, di manakah saya boleh cari alat ganti komponen yang rosak kerana kedua-dua kenderaan saya berumur.
INGIN TAHU, Kajang, Selangor



Lampu amaran enjin sangat penting bagi memaklumkan kerosakan sebelum ia menjadi lebih serius.
Komponen itu dihubungkan dengan pengesan tekanan minyak pelincir. Apabila tekanan minyak pelincir mencukupi, suis pengesan itu akan menolak sesentuh wayar bumi dan lampu itu tidak lagi menyala.



Ia juga bernyala secara salah jika berlaku litar pintas yang menyebabkan wayar tersentuh bahagian badan enjin, termasuk dalam meter. Jarang meter kelajuan itu diperbaiki melainkan diganti secara keseluruhan. Kekurangan minyak pelincir dalam kekotak gear juga akan menimbulkan kerosakan serius dan perlu dibaiki atau diganti.
Bagi kenderaan berusia, mungkin pihak Toyota mampu membantu walaupun kosnya mahal sedikit. Jika tiada pilihan, perlu cari alat ganti terpakai daripada kenderaan yang dilupuskan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69146#sthash.SGVe5YBd.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 03:34 PM | Show all posts
Caldina aku da 2 tahun bernyala

Rilek jer pjg umur lg berdesup
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:41 PM | Show all posts
kalo lampu engine menyala means something wrong dgn sensor2 or electronic part. kalo panggil mekanik yg paling terer dlm donia ni pun x leh bg apa2 solution melainkan ko kena hntr bengkel utk di diagnostic guna komputer.

pastu br tau part apa yg problem.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 04:46 PM | Show all posts
kalo check engine menyala..slalunya sensor maybe prob....sbb keta la ada ecu...check lite nyala 2 umpama dia maklumkan la,,,ada rosak mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.195497 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list