Dalam mencari ilmu, bukan sahaja ilmu dunia yang kita kena cari, sesekali singkaplah tentang ilmu seks. Bukan sahaja mampu memperbaiki prestasi kehidupan seks tapi turut membantu keharmonian suami isteri. Jadi, jangan abaikan 21 fakta tentang seks di bawah ne.
Info Untuk Lelaki
- Sebahagian besar kaum lelaki teringin melakukan seks setiap hari tetapi kenyataan seminggu tiga kali sudah mencukupi.
- Lelaki yang tidak merokok melakukan aktiviti seks dua kali ganda lebih aktif berbanding dengan lelaki yang merokok. Kepuasan yang diperoleh mereka juga lebih tinggi.
- Penurunan berat badan lelaki mempengaruhi saiz alat kelamin mereka. Jika berat badan mereka turun 15kg maka alat kelamin mereka bakal bertambah panjang sekitar 2.5 sentimeter.
- Alat kelamin lelaki boleh 'bangun' empat hingga lima kali sehari ketika sedang tidur.
Perlu Diketahui Wanita
- Wanita perlu waktu 20 minit untuk terangsang dan ghairah berbanding lelaki. Oleh sebab itu, aktiviti pemanasan amat penting. Sekiranya pasangan mahir menstimulasi pasanga 11 hingga 12 minit sudah mencukupi.
- Kononnya hanya satu peratus wanita sahaja yang mampu merasakan orgasma melalui rangsangan payudara.
- Wanita yang menunggang atau membonceng motosikal dan menempuh jarak 160 km dalam seminggu berisiko mengalami kekurangan sensasi di bahagian intimnya.
- Semasa melakukan seks, wanita lebih kerap berfantasi mencapai klimaks berbanding dengan lelaki.
Khusus Buat Lelaki Dan Perempuan
- Lebih dari 100 juta pasangan melakukan hubungan seksual setiap hari.
- Bagi lelaki yang mempunyai berat badan 59 kg, aktiviti seks boleh membakar 70 hingga 120 peratus kalori dan bagi wanita yang mempunyai berat 77 kg kalori yang terbakar adalah antara 77 hingga 155.
- Gunakan prinsip refleksologi dengan urutan di tumit untuk mengirimkan signal ke alat kelamin lelaki.
- Kebiasaanya setiap pasangan melakukan aktiviti pemanasan selama 11 hingga 13 minit sebelum 'menyelesaikan' tugas mereka.
- Lelaki dan wanita mudah terangsang jika melihat gambar seksi.
Di Sebalik Ciuman
- Ciuman mampu menjadi ubat sakit gigi kerana penghasilan air liur ekstra bakal membersihkan rongga mulut. Tapi berhati-hati kerana ciuman dan air liur boleh menjadi medium penularan penyakit.
- Ciuman selama 1 minit akan membakar 26 kalori. Hmmm....menariknya
nicknashram
|