CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3515|Reply: 2

Honda Civic 2016 telah diperkenalkan secara rasminya

[Copy link]
Post time 17-9-2015 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 17-9-2015 05:56 PM



Honda Civic 2016 versi sedan telah pun diperkenalkan secara rasminya di pasaran Amerika Utara. Digambarkan sebagai “model Civic yang paling teruja pernah dihasilkan”, Civic generasi ke-10 ini bakal ditampilkan dengan beberapa varian bentuk kerangka termasuk hatch, coupe dan Civic Type R untuk USA.

Civic 2016 ini menampilkan imej yang lebih menguja, hasil beberapa bahagian yang telah direndah dan dilebarkan. Berbanding model sedia ada, Civic 2016 ini 51 mm lebih lebar, 25 mm lebih rendah dengan jarak roda yang dipanjangkan sedikit berukuran 30.5 mm.

Pada bahagian hadapannya, imej sporty begitu terserlah dengan palang tunggal yang melintang tunggal pada bahagian gril. Ia juga disambung terus pada lampu utama LED



Ia juga mempunyai garisan landai yang memberikan sedikit pandangan umpama sebuah coupe. Manakala bahagian belakangnya pula turut dihiasi dengan lampu belakang LED berbentuk-C.

Honda memberikan dua pilihan untuk penjana kuasa Civic 2016 iaitu 2.0 liter empat-silinder aspirasi-natural dengan kuasa 158 hp dan 1.5 liter pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 173 hp.

Bagi enjin 2.0 liter, ia bakal dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual enam-kelajuan. Manakala varian 1.5 liter pula akan dipadankan dengan transmisi yang lebih eksklusif bergantung pada pilihan. Menurut Honda, perincian dan spesifikasi lain akan didedahkan menjelang hari pelancarannya.

Untuk bahagian kabinnya, Civic 2015 sedan menampilkan sejumlah lebih 105 liter bagi ruang dalamannya berbanding model sedia ada iaitu tambahan 51 mm untuk ruang kaki. Begitu juga dengan kapasiti but turut dipertingkatkan sebanyak 74 liter.

  



Antara elemen standard yang didatangkan termasuklah kawalan suhu automatik, brek parkir elektronik dengan Brake Hold, konsol tengah baharu dan storan keselamatan dengan kapasiti 7.2 liter. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan skrin sesentuh HD bersaiz tujuh-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bukan itu sahaja, ia juga akan dilengkapi dengan platform keselamatan Honda Sensing termasuk Collision Mitigation Braking, Road Departure Mitigation dan Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 08:30 PM | Show all posts
mmg lawa...body solid cun..bontot terangkat gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066781 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list