Pasir Mas: “Saya tergamam, tidak boleh bergerak dan hanya mampu menangis melihat pondok terbakar,” kata Othman Al-Farouk Burhanuddin, 21, seorang daripada 63 mangsa kebakaran pondok Madrasah Addiniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian 8.15 malam, 63 daripada 200 pondok madrasah itu terbakar ketika pelajar mengaji al-Quran di dalam masjid berdekatan, mengakibatkan kerugian hampir RM300,000. Kejadian itu disedari peniaga kedai makan berhampiran iaitu Norhayati Daud, 30, yang menjerit meminta bantuan dan memanggil pelajar berkenaan.
Ia dipercayai berpunca daripada tindakan seorang penghuni yang memasak, namun meninggalkannya untuk ke masjid berhampiran. Othman Al-Farouk mengakui lututnya longlai dan hampir rebah apabila melihat pondoknya ranap 100 peratus, apatah lagi dia tidak sempat menyelamatkan semua barangnya termasuk wang tunai RM700 pemberian ibu bapanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 6:42 AM
Mohd Zaidi Mohd Nor, 20, (kanan) bersama Mohd Nazir Azmi, 13 menunjukkan kitab dan al-Quran milik mereka yang hangus.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83053#sthash.xUkyefUe.dpuf
|