|
Hai..ai ni pinjam akaun suami. Ai punya tah lupa apa password. Tapi nak post jugak, dah tak tahan.
Ada la jiran depan rumah aku ni aku panggil kak nor ada anak kecik-kecik lagi 4 orang. Sebelum ni, kitorang baik je dengan anak dia siap sampai anak dia panggil paklang maklang. Tiap kali bunyi grill pintu aku, berlari la anak2 dia depan rumah tegur. Lagipun aku ni selalu belikan dorang hadiah.
Buku ke, aiskrim ke, baju ke. Aman harmoni je masa tu. Cuma anak dia ni jenis mulut tak jaga (menurun dari mak bapak kot).
Ada 1 masa tu, anak dia ejek laki aku paklang tak mandi...paklang tak mandi. Laki aku bukan jenis layan, buat tak tau je. Lagipun budak-budak ni takut dengan dia. Masa tu biasa lagi, sebab budak-budak.
Stat dari haritu, laki aku ada la cakap yang budak-budak ni panggil paklang bodoh. paklang bodoh. Aku suruh dia sabar, budak 3 tahun mana la tahu. Lagipun dia kan ada mak bapak, pandai la dia tegur.
Sampai la aku terdengar sendiri, masa tu laki aku baru balik rumah, budak ni "nyanyi" paklang babi..paklang babi... Aku jenguk ikut tingkap, mak dia ada je. Aku ni dalam hati, eh mak dia ni pekak ke apa anak ckp mcm tu dia tak marah pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhh...teruknya pangai jiran ko tu....dah anak ckp org babi, bodoh pun buat pekak je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku namakan jiran ni kak nor.
Makin lama makin kerap pulak, sampai anak dia yang lain pun main suka hati cakap babi..babi. Aku ni stat dari haritu, aku kurangkan dah beli hadiah untuk diorang. Sebab marah la kot diorang cakap mcm tu.
Bagi aku, budak tu tak salah, yang kena tegur nya mak bapak. Kot kena kat laki aku tak pe la, kalau kena kat orang lain yang jenis panas baran tak ke naya!
Kitorang ni jenuh dah pikir macam mana nak cakap dekat kak nor ni, takut tak boleh terima.
Lagipun kak nor ni memang jenis tak boleh terima kalau org ngadu pasal anak dia. Orang tu yang kena biarpun anak dia salah.
Ada sekali dulu, budak ramai-ramai main lari, bising dalam surau time orang nak sembahyang. Ada la sorang abg ni marah. Bukan anak dia je, semua budak tu kena marah. Tak pukul, cuma marah suruh balik kalau tak nak sembahyang.
Anak dia lari balik rumah, nangis. Mak dia pegi rumah abg tu, terpekik depan rumah kata kalau nak tegur budak tegur anak orang tegur elok-elok. Tak payah marah-marah. Anak dia yang sulung tu dah darjah 4. Boleh pikir dah kot.
Yang tegur tu pulak bukan orang muda, dah 40 lebih. Ada sekali tu, budak-budak tengah main dia keluar rumahjerit dari atas "Oii, korang jangan bising, anak aku nak tido!!".
Dah macam mana kitorang laki bini ni nak cakap?? Kesian budak tu, budak tu kecik lagi, dia tak tau pun apa yang betul apa yang salah. Dari kecik ni la kalau nank tegur pun kan??
|
|
|
|
|
|
|
|
eeee..........teruknya..
no manners!! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pun, perangai dia je yg PPRT. |
|
|
|
|
|
|
|
takper...
kalo jiran ko nie payah nak ditegur, pastu anak2 dia dah perangai mcm binatang dari kecik tak diperbetulkan, aku kompiden setahun 2 lagi dia akan terima padahnya...
ko ckp anak dia paling besar darjah 4 kan? budak2 skrg dah advance, darjah 5-6 dah tau mcm2...ada yang pregnant la, ada yang dah jadi penyamun la...
ko buat jer hal ko sendiri, kurangkan sosial ko dgn dia... ikut stail urban, engkau dgn hal ko, aku dgn hal aku.... apa2 dia ssh, ko tak payah ambik tau...sama jugak kalo ko ssh, tak payah la nak berbaik2 dgn jiran ko nie...
kalo ada rezeki lebih, ko pindah jer dari situ...hidup lebih tenang
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah yang paling besar darjah 4. Lepas tu 3 taun. 2 taun. setaun |
|
|
|
|
|
|
|
tak leh paham mak dia buat bodoh anak ckp mcmtu.... mmg la budak tak salah..tp kalau dh darjah 4 dh paham dah... kene bgtau elok2 kt anak dia yg sulung tu..budak 3 thn mmg tak paham baya anak aku..dia duk tgk cite upin ipin..si upin ipin ni kan sllu bengang kak ros n kak ros sllu ejek dia balik..anak aku bole lak terikut skrip yg part tu contoh : "eee sibuk jeee" skg ni anak aku duk melekat ckp mcmtu..dpn org tak kenal pn mcmtu kalau ada org tegur dia.. "hai adik..." pastu dia jawab "sibuk jeee" aku sllu marah anak aku jgn ckp mcmtu tak baik..tp dia tak paham...pastu dia cakap lg |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.....budak umur 2 3 taun memang tak paham apa dia cakap. Dia tak tau kasar ke tak.
Mak bapak la yang kena tegur.
Sebelum ni, aku ada jugak tegur kak nor ni...tapi respon tak berapa elok. Tu yang aku takut dah nak cakap apa-apa.
Kang dia buat cerita lain, aku plak susah. Tapi yg tu aku tegur pasal lain bukan hal anak ni.
Aku ada la letak ampaian depan rumah, tapi dia ni jenis suka hati je pakai ampaian aku. Mintak izin sekali je, lepas tu suka hati dia nak pakai bila.
Sampai aku sebagai tuan punya plak yang kena tengok masa dia. Tak boleh jadi ni. Aku ni dah la bekerja, sidai baju ikut dan sempat. Ni nak kena tengok plak masa dia tak sidai.
Aku cakap habis berlapik dah. Aku tanya, knp tak suruh suami kak nor buat/ belikan ampaian. Suami kak nor kan kontraktor...mesti dia tau buat.
Dia kata, suami dia tu sibuk sangat. Kontraktor......mesti la bz.
Kontraktor, tapi semedang pinjam duit 20 30 hinggit nak beli susu anak. Tapi sembang projek klien puluh2 ratus2 ribu punya projek. Dapat projek renovate Pizza Hut 1 Malaysia. Phuii...aku dalam hati. Tapi tu la, kesian kak nor ni selalu kena tipu dengan suami dia. Dia je anggap suami dia kontraktor berjaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Stressnye baca cerita u ni. Jiran u tu pun satu. Penyidai beli la sendiri. Ape kate u letak je dalam rumah dari sakit hati. Tapi kalau baik hati.. U beli satu lagi penyidai baju. Yang lama sedekah je la dekat jiran u. Win win situation. U dapat pahala dia dapat penyidai free.
Yang anak anak dia pun kecik kecik dah pandai kan cakap babi bodoh etc etc semua tu. Pelik i mak dia boleh tak tegur anak. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bersimpati pd kak nor ni sbb dia ni mst blaja x tinggi. Dah la blaja x tinggi lps tu akhlak pon xbagus dan xnak berusaha utk memperbaiki diri. sedihhhh.
semoga 1 hari kak nor akan sedar dan buang peel bodo n lampi tu.
sekian~ |
|
|
|
|
|
|
|
eiiii teruknyer perangai...
lempang sekali anak die boleh tak?...
|
|
|
|
|
|
|
|
huh..letihnya dapat jiran macam tu..
buat xtau je. paling tidak hi2.. bye2.. da la |
|
|
|
|
|
|
|
to tt,
ni sekadar luahan ke, atau nak cari solution?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak nor berkawan dengan kakak ipar suami aku.
a.k.a biras aku.
Nanti la aku cuba kot2 boleh mintak tolong biras aku tolong tegur kan.
Bukan apa, aku kesian dengan budak tu. Tak nak la aku tgk dia membesar jadi orang tah hape2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Luahan + solution.
Macam mana nak handle orang perangai macam tu in terms of tegur supaya jadi baik or macam mana nak hadap hari2 nampak depan muka |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm kak nor tu mendewakan anaknya
sayang anak tangan2kan/tegur2kan |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada juga jiran yang teruk.. anaknya dulu2 selalu juga "tuisyen" kat rumah aku..bukan tuisyen sebenarnya, cuma aku tolong ajar dia buat keja sekolah.. kadang ada juga masa yang anak dia ni tak pandai behave..tapi tak lah seteruk anak jiran TT..
disebabkan perangai mak dia teruk, aku start buat layan tak layan je bila anak beranak ni bertandang di rumah.. hari2 datang weh..mana tak rimas..datang2 main tablet..datang2 mengumpat orang.. the best part, aku baru nak sembahyang asar (azan baru habis), dia dah datang.. mak aku suruh tunggu kat ruang tamu, dia siap jengah dalam bilik tengok aku buat apa..
dan ajaibnya, satu hari tu, dia dah tak datang rumah aku langsung..anak dia pun dia dah tak hantar belajar situ.. aku rasa akulah jiran terbahagia di dunia ini
jadi, saranan aku, slow2 "jauhkan diri" daripada mereka kot..bukan niat nak putuskan silaturrahim..cuma buat satu gap antara TT dengan dia..bertegur sapa juga, cuma hadkan hubungan tu..
tentang anak2 dia..hmmm.. berdoa kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. I cuba lepas ni buat macam tu. Hati pun tak sakit. So, harap-harapnya lepas ni si jiran segan la sikit if nak buat apa-apa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|