CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 0

Pengganti Lexus LFA Enjin Tengah All-Wheel Drive Hybrid Dengan Kejuruteraan BMW

[Copy link]
Post time 19-10-2015 12:34 PM | Show all posts |Read mode


Sudah lama sejak ura-ura tentang pengganti Lexus LFA keluar di Internet. Baru-baru ini, didedahkan bahawa Lexus akan mendapat penggantinya dengan bantuan BMW.

Yang lebih menarik lagi, BMW yang sebenarnya lebih berminat dalam menghasilkan model berprestasi tinggi kerana peperangan mulut di Jerman memperlihatkan Audi dengan bangganya mengatakan bahawa BMW tiada kereta supercar tetapi Audi ada.

Cerita di mana BMW menginginkan kereta prestasi tinggi yang menyerlah adalah sejajar dengan berita yang BMW dan McLaren kini bersama-sama membangunkan kereta supercar mereka. Berita tentang projek BMW-Lexus ini adalah berasingan dengan perkongsian projek untuk pembangunan model pengganti Toyota Supra dan BMW Z4.

Toyota dan BMW dilaporkan sedang membangunkan rangka aluminium dan platform gentian karbon dengan sistem all-wheel drive yang dikuasakan oleh enjin tengah. Model BMW menggunakan gabungan enjin 6-silinder yang menghantar output ke tayar belakang dan dua motor elektrik yang akan menguasakan tayar hadapan.

Komponen sistem elektrik dari kereta lumba Toyota TS040 yang berlumba dalam Le Mans bakal digunakan untuk kedua-dua kereta ini. Model Lexus supercar pula dikatakan bakal menggunakan enjin 3.7-liter V8 dan digabungkan dengan motor elektrik yang memberikan output keseluruhan 800HP. Model BMW juga turut dikatakan bakal menghasilkan output yang lebih kurang sama pada sistem hybrid mereka.
Turut dilaporkan bahawa 1,000HP adalah mungkin tetapi penggunaan bahan api, emisi gas dan juga toleransi enjin memberikan indikasi bahawa 800HP adalah lebih realistik.

BMW tertarik dengan kerja Lexus pada model Lexus LFA, walaupun dihasilkan ketika krisis kewangan, masih lagi mendapat tempat sebagai kereta paling menarik pada masa tersebut. BMW juga turut berpuas hati ke atas hasil kerja Toyota yang diletakkan pada pengganti BMW Z4. Jadi, kerjasama tambahan ke atas kereta berprestasi tinggi adalah munasabah.

Jika semuanya berjalan lancar, kita boleh berharap untuk melihat supercar Lexus/BMW akan membuat kemunculan sulungnya sebelum Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020 nanti.


arenakereta



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041514 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list