View: 2838|Reply: 10
|
Nak Tinggi? Lakukan Ini Selalu
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Pembantutan ketinggian amat jelas dilihat apabila anda meningkat dewasa. "Eh, dah kenapa aku tak tinggi-tinggi ni?" "Weh, kenapa kau nampak pendek?". Kecil hati kan? Bila ada kawan atau sesiapalah tegur macam ini. Dah cuba pelbagai cara untuk kelihatan tinggi. Namun, semuanya tidak berjaya.
Ada cara lain tak? Ha, cuba lakukan cara-cara seperti berikut pula :
1) Lari laju dengan jarak dekat
Mampu memanjangkan tulang dan otot kaki semasa larian.
2) Latihan menendang
Dapat memanjang tulang kering dan paha.
3) Melompat
Lompatlah setinggi yang boleh. Lakukan selalu, mampu memanjangkan tubuh anda.
4) Berenang
Semua otot tubuh tertarik dan bergerak dan merangsang gerakan yang baik untuk menambah tinggi badan.
5) Berbasikal
Gerakan mengayuh semasa berbasikal membuatkan jari kaki bekerja keras untuk mencapai pedal dan ini merupakan gerakan yang baik untuk memanjangkan tulang dan otot kaki.
6) Latihan tangan dan kaki
Caranya adalah dengan berdiri tegak di ruangan yang cukup luas. Tarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu, angkat tangan dan letakkan di bahu, lalu renggangkan tangan sejauh mungkin dengan menghembus membuang nafas, bukan menarik nafas. Lakukan sebanyak 8 – 10 kali sehari.
Buat sekali belum tentu boleh tinggi terus, anda perlu lakukan dengan konsisten dan bersabar. Hasilnya, pasti seperti yang anda idamkan. - CARI Infonet
Sumber info : http://informasitips.com |
|
|
|
|
|
|
|
untuk bdk2 kecik ok la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam takde harapan aku nak tinggi lg... laki aku tinggi huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak salah mencuba tapi utk mereka yang tulang belulang masih muda agaknya..
tq share |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...tinggi saya 172cm...
tapi yang ingat, kecik2 selalu jalan laju n berbasikal aje...
hehehe keturunan agaknya, tapi abah n mak pon rendah dari saya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|