Oleh Izzah Abbasy
Wanita kalau beli banyak-banyak baju pun masih cakap "tak ada bajulah nak pakai" "ala, baju dalam almari semua dah tak boleh nak pakai" "tak tahu nak pakai baju apalah, baju lama dah tak muat". Ha, itulah alasan popular wanita.
Selalu beli baju mahal atau murah? Asyik beli yang mahal saja kan? Membazir lah kalau asyik beli yang mahal saja. Lagipun, harga mahal belum tentu sesuai dan selesa untuk kita pakai. Apa kata, kali ini cuba beli baju yang murah sahaja atau sederhana mahal. Tak semestinya baju yang murah tidak berkualiti. Jadi, bagaimana?
Berikut tip untuk beli baju yang berkualiti tetapi murah ;
1) Beli baju dengan rakan
2) Upah jahit dengan kawan atau orang yang anda kenali
3) Beli di 'online shop'. Sekurang-kurangnya anda sudah tahu harga pakaian tersebut
4) Beli baju 'bundle' atau terpakai
5) Beli baju di tempat yang menawarkan harga terus dari kilang
CARI Infonet
|