CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4191|Reply: 18

RIMAS dengan kawan yang suka bergosip

[Copy link]
Post time 30-10-2015 12:42 AM | Show all posts |Read mode
Aku ada satu habit ni yang sekali aku nampak orang tu mengaibkan orang lain ataupun mengumpat dengan rancaknya pasal seseorang, aku akan jauhkan diri dari dia. Sebab aku rasa yang kalau dia macam tu depan aku, boleh jadi belakang aku dia macam tu jugak depan orang lain. Tapi masalahnya, kawan perempuan kat tempat aku sekarang rata-rata macam tu. Sampai kan ada satu masa tu aku takut nak dekat walaupun diorang tu housemates aku sendiri. Orang yang diumpat pulak biasanya perempuan jugak tapi dibincangkan depan kawan-kawan lelaki oleh si perempuan yang kaki gosip ni. Aku pulak ada sejarah dibuli waktu sekolah so benda-benda macam tu sangat la menakutkan bagi aku. Aku trauma sebenarnya. Dulu waktu sekolah, kawan-kawan perempuan aku buat macam tu kat aku. Lagi dahsyat siap ambik video aku berkemban lepas mandi. tapi aku sempat padam sebelum diorang hantar kat sesiapa.
Bayangkan, habis benda-benda aib yang sepatutnya dibincang dalam rumah boleh pulak diorang cerita depan budak laki. Contoh, pengotor, malas kemas bilik, kawan tu ada penyakit yang memalukan, masalah girls' talk blablabla... Ada sorang kawan ni tidur ternganga tapi pakaian dia tak appropriate pakai singlet je diorang boleh ambik gambar. Yang ni pun aku terdengar diorang cerita sambil gelak-gelak. Aku nampak benda-benda yang aku pernah hadapi. Bila aku tengok benda ni dah jadi banyak kali, aku start jauhkan diri dari kawan-kawan perempuan aku tu & kawan-kawan lelaki aku yang layan gosip diorang. Bila aku ada kat situ aku boleh lagi tukar topik supaya diorang stop tapi benda ni jadi banyak kali dah. Ada sekali tu aku blah macam tu je sebab aku tak boleh nak ubah topik diorang ramai-ramai dok gelak pasal kawan yang tak selalu kemas bilik tu.

Tapi masalahnya, aku tak ada kawan perempuan lain dah yang aku akan menghadap hari-hari untuk bertahun-tahun yang akan datang... Honestly aku tak rasa rugi langsung hilang kawan macam ni, tapi aku menghadap diorang setiap hari kot. Aku nak gak ada girl group yang boleh support aku yang macam sisters gitu....Rata-rata kawan perempuan aku perangai macam ni aku jadi lagi rapat dengan beberapa kawan lelaki sampai kitorang selalu sangat makan sekali. Waktu aku kecik dulu pun aku lagi rapat dengan lelaki sebab kawan-kawan perempuan aku buat benda yang sama kat aku sampai aku pun jadi kasar macam lelaki. bezanya dulu aku mangsa sekarang aku pemerhati. Aku tau tak manis orang perempuan selalu sangat hang out makan dengan kawan-kawan lelaki tapi aku tak boleh la terima benda yang diorang buat tu. Patut ke aku bertahan cuba je untuk fit in supaya aku boleh bonding dengan kawan-kawan sejantina aku ataupun itu serupa macam bagi leher untuk disembelih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik, aje ngan setan perangai housemet bukak aib org gitu.

Xyahla baik sgt dgn diorang. Letak jarak n bg hint jgn kasi diorang overlimit.

Kotniat nk study, kuar ah ngan guys pun, tp kot sengaja nak mengopi, juz forget it.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 07:28 AM | Show all posts
Ang sama perangai dgn aku...aku x boleh blah org yg loud..nak melawak sampai jatuhkan ayq muka..ckp kuat2 just utk tarik perhatian..tp bab agama dia paling win...i mean org mcm ni nampak 3suku pun ada  !
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 07:37 AM | Show all posts
tapi tulah realiti manusia sekarang ni, mana2 tempat ada je kaki gosip, orang yang dipandang baik budi perkertinya, tapi rupanya kaki ampu boss, habis semua dicerita supaya dapat hidup......bagaimana untuk menjauhkan diri dengan kaki gossip ????

CEritakan kebaikan yang ada pada si mangsa gossip kepada kaki gosip.....lama2 dengan kebaikan akan menuntup keburukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 07:48 AM | Show all posts
bravo87 replied at 30-10-2015 07:37 AM
tapi tulah realiti manusia sekarang ni, mana2 tempat ada je kaki gosip, orang yang dipandang baik bu ...

Hmmh tu lah... aku setuju ngn kau. kat mana-mana ada je orang macam ni so sampai bila aku nak lari. Tapi masalahnya, aku rasa diorang keterlaluan la. Walaupun kat mana-mana ada je orang macam ni, tapi aku tetap rasa benda ni tak patut jadi kebiasaan pun sampai kita boleh terima yang benda ni biasa kawan kita dok canang habis cerita dalam kain orang lain. Mungkin sebab aku pernah kena sampai semua orang sebar cerita busuk pasal aku waktu sekolah dulu termasuk la cikgu so aku faham perasaan orang yang kena tu. Aku pernah je buat macam cadangan kau tu, tapi last-last diorang ramai-ramai pandang aku pelik & kutuk aku bajet baik.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 07:53 AM | Show all posts
theotherfriend replied at 30-10-2015 01:50 AM
Dik, aje ngan setan perangai housemet bukak aib org gitu.

Xyahla baik sgt dgn diorang. Letak jara ...

Tengah letak jarak sekarang sampai diorang perasan pulak dan diorang selalu perli macam dah tak nak lepak ngan diorang dah sekarang.... Tak kisah pun nak keluar makan sama ke nak hang out sama ke nak shopping sama ke tapi setiap kali kumpul ramai-ramai itu je lah kerja nya... Rasa bersubahat pulak.. bila kita tengok benda jahat tapi kita biar sama macam kita membenarkan benda tu jadi so kita lebih kurang je ngan dia... mendera perasaan betul. Part lain diorang ok je cuma part mengumpat tu rasa macam tak boleh terima sgt dahsyat sampai aib pasal perempuan tapi lelaki tau sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2015 07:56 AM | Show all posts
alieyrina replied at 30-10-2015 07:28 AM
Ang sama perangai dgn aku...aku x boleh blah org yg loud..nak melawak sampai jatuhkan ayq muka..ckp  ...

Aku pun sama. Sekarang kan trend orang buat dakwah sambil perli orang konon nya benda tu jadi pengajaran orang tu lebih berkesan, bagi surat terbuka kat specific individu, memviralkan benda teruk-teruk.. Aku tak boleh pandang benda macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 08:03 AM | Show all posts
sama la aku pun tt...biasanya aku kalau sebelom berkawan ngan orang aku akan jadi pemerhati dulu. Banyak diam dari bercakap..sebab aku nak tengok orang tu boleh buat kawan ke tidak..macam yang ko cakap la kalau dia boleh buat macam tu depan kita tak mustahil kat belakang boleh buat jugak..thats why aku tak ramai sangat kawan rapat..bagi aku biarla tak ramai kawan daripada ramai kawan tapi suka duk mengutuk mengosip itu ini pasal orang lain dan mencari kesalahan orang lain...tapi aku jenis tak kacau life orang pun orang leh ngumpat aku itu ini..aku tau je...cuma mampu bersabar jela dengan perangai orang macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 08:27 AM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 30-10-2015 08:03 AM
sama la aku pun tt...biasanya aku kalau sebelom berkawan ngan orang aku akan jadi pemerhati dulu. Ba ...

Hah yg ni pun mcm aku..sampai apa2 event pun mesti depa x ajak aku..tp aku memg tak leh lepak dgn org2 mcm nii...so not me!

Kdg2 kwn2 cina sampai bertanya..ehh deyols tak ajak u ka? U tak p meh? Ada 1 tahap depa nak buat gadering, emel mula2 ada nama aku..lps dah decide date tempat suma langsung xdak nama aku..tau2 aku dgr depa sembang pasai nak p sana nak p sinun..kutip duit bagai..aku pikir lantak p lah..mesti ada org2 yg menghasut xpayah inlude aku ...mcm la aku xtau perangai pprt depa tu !
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 02:24 PM | Show all posts
Edited by idakamaruddin at 30-10-2015 02:25 PM

chuolls keje gomen kah? kalau keje swasta idoklah mcmni sgt..sbb swasta keje byk tak smpat layan gossip..tp kalau dh jenis kaki gossip mana2 pn ada ye dak? iolss keje swasta keje bz la gak tp ada masa free tp department iolss ramai melayu mokcik2...tp alhamdulilah mokcik2 kt sini idak la suka gosip sbb we all dpmt finance kot..tp kt tingkat bwh department lain keje dorang asik la begosip nyeeee...

iolss dh nk 3 thn kt sini kalau iolss free iolss prefer menjoyah kt forum jah..

btw org cani uolss takyah la rasa rugi utk mengelakkan diri..tak rugi pn chuolss...people come n go..tak penting pn...

dorang igt duk cite pasal org dorang tu baik sgt kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 05:24 PM | Show all posts
As salam...

ko pernah tak cuba cakap terus terang kat diorg....bgtau je..ko tak suka citer buruk pasal org lain....sbb itu aib org tuh...Allah akan tutup aib kita ..kalau kita tutup aib org....ko tanya dia balik..ko nak tak aib ko nt diketahui oleh org lain...

pas tu...ko cakap la..jom cari topik lain utk berborak2...

lama2 nt..sure diorg segan nak mengumpat depan ko...tak pe la..kalau diorg cakap ko ustazah....yg penting kita usaha utk jadi baik...dan kalau boleh nak org lain pun jd baik jugak..

mula2 for sure akan kena kutuk2 perli2..tp lama2 diorg akan hormati ko..yg penting jgn sesekali sakiti hati mereka..just cakap yg betul je...

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:29 PM | Show all posts
hi there...aku ada sorang kawan pondan yang kejenya asik cari kesalahan orang 24 jam pastu jaja kat orang lain. Tapi bila orang citer sket pasal dia kat orang lain, dia marah siap ungkit2 bagai itu ini. Lepas tu siap beremosi bagai nih. Ya ampunnnn betapa rimasnya aku rasa sampaikan nak bagi penyepak kat kepala dia bagi dia sedar Hujung2 aku block no dia, dan sampai sekarang x kontek2 lagi. Baguslah...aman2 je...

benda ni memang takleh nak elak lebih2 lagi dalam komuniti pompuan kan...ala2 dah sebati gitu kalau kau berani, kau sound je depan2...macam takde life sangat orang yang macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:19 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 30-10-2015 02:24 PM
chuolls keje gomen kah? kalau keje swasta idoklah mcmni sgt..sbb swasta keje byk tak smpat layan gos ...

departmen bawah tu pekerja gomen ke...

kemain nak kutuk gomen, konon pekerja swasta sibuk xsempat gosip..
rasanya departmen bawah tu swasta juga..bergosip juga..
agak2 la nak membelit pun, terus kantoi ..

gosip/membuka aib orang ni keje syaitan,so keje2 xbaik ni mmg orng selesa buat..
mudah terikut..kalau kita xjoint akan dikutuk..syaitan bersuka ria

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2 kaKi gossip ni sbnrnyer jahat tau.. Bkn takat gossip Tp siap pakej ngumpat Dan merendahkan org.iols ada group Wasap yg diketuai kaki gossip.. Mula2 OK..lama2 jd tmpt mengutuk bos Dan kwn2 lain.skang iols jd silent reader,tp kdg2 tak baca terus clear. Deols ni sgt negatif... Sgt jahat..iols dah menjauhkan diri..jumpe pon just Hi Hi je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:39 AM | Show all posts
swasta ke..gomen ke..melayu ke..cina ke..yindia ke...mmg ade spiesis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko diam je tiap kali derang gossip.buat2 mcm busy bebenor.tp jgnlah ckp yg ko x suka derang gossip sbb biasa yg suka gossip ni pendendam orgnya.nnti derang pakat carik psl ngan ko.so...tiap kali derang stat nk menjoyah je ko laju2 carik alasan xmo join.lama2 derang pon xkn bgossip bila ko ada skali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita2 ni pon kaki gossip jugak cuma gossip syok senirik di forum...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh kesiannya kau. Aku pun dikelilingi manusia kaki gosip gak. Tapi bila aku duk dengan dorang, aku buat benda sama macam kau la. Aku blah je. Tak pun aku buat hal sendiri, main phone ke ape ke.

Tapi sekarang ni sekeliling aku budak yang muda dari aku. So bila dorang duk gosip pasal orang, kalau aku tak tahan, aku cakap je, korang ni tak baik la cakap pasal orang. Selalunye dorang ade je benda nak menjawab. Tapi aku akan balas balik sampai dorang diam. Tapi nanti esok lusa buat balik.

Yang bestnya, aku ada kawan kawan baik yang jenis macam aku jugak, jenis yang tak amik tau sangat hal orang. So aku takde la rasa sunyi, or terpaksa kawan dengan laki. Sebab aku jenis tak suka cakap dengan laki. Malu. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise replied at 1-11-2015 09:42 PM
Kwn2 kaKi gossip ni sbnrnyer jahat tau.. Bkn takat gossip Tp siap pakej ngumpat Dan merendahkan org. ...

Betul wehhh. Aku pun pernah masuk group wasap dengan orang macam ni. Laki ke perempuan sama je. Tp aku jadi silent reader je la. Lama lama aku left group. Tak tahan. Bila aku tegur kang aku yang kena. Sebab dorang ni ramai penyokong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.066331 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list