|
Bagi anda yang sedang berdiet, makan malam memang amat menggerunkan. Seboleh-bolehnya anda akan cuba menghindarkannya. Tapi macam mana kalau diserang kelaparan yang teramat sangat sampai memudaratkan diri?
Ada banyak pilihan makanan yang harus tahu untuk makan pada malam hari tanpa rasa kesal. Rujuk info ini ya...
1. Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan.
2. Kalau anda terpaksa mengambil nasi, pilihlah sayur dahulu sebelum mengambil nasi dan lauk. Pastikan juga makanan yang anda ambil adalah sihat seperti sup sayur.
3. Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti sajian tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Janji tetap mengandung nutrisi.
4. Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein, dan serat.
5. Lebih elok jika menu yang diambil mengandungi 1/2 karbohidrat, 1/4 protein, dan 1/4 serat.
6. Kalau nak lagi bagus, anda kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur.
Macam mana seksa pun, anda tetap kena jaga pemakanan demi kesihatan. Bukan untuk kurus ya, tapi nak elak penyakit cepat melekat. Moga info ini bermanfaat untuk anda!
mingguanwanita
|
|