CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1679|Reply: 0

Mazda Bakal Tampil Lebih Gagah Kerjasama Dengan Toyota

[Copy link]
Post time 9-11-2015 08:19 PM | Show all posts |Read mode

Di 2015 Tokyo Motor Show baru-baru ini, bos Mazda, Masamichi Kogai berkata kepada wartawan tentang kerjasama teknikal antara syariakt tersebut dengan pengeluar besar Jepun, Toyota yang dijangkakan akan memberikan kecekapan yang lebih baik dan perhubungan yang lebih baik bagi kereta-kereta di bawah dua jenama ini.

Terdapat juga berita yang mengatakan Mazda bakal menggunakan platform Hilux untuk pikap generasi akan datang BT-50 miliknya. Selain itu, penggabungan budaya dua syarikat tersebut dijangkakan memberikan perubahan yang paling ketara sekali.

Menurut Kogai, “Mereka mempunyai kriteria teknikal yang lebih tinggi ditetapkan. Jadi, kami juga perlu memenuhi kriteria tersebut, dan ini merupakan satu peluang untuk penambahbaikan kepada kami. Ini merupakan salah satu objektif utama kami menandatangani perjanjian dengan Toyota.”
“Kebolehan teknologi akan ditingkatkan dan banyak yang kami boleh pelajari daripada Toyota memandangkan syarikat itu mengeuluarkan model yang dijual di seluruh dunia.”

Dua pengeluar Jepun ini kini sedang berunding ke atas terma perjanjian mereka dan Kogai tidak mahu menghalang perkara tersebut dengan memberikan perincian mendalam sehingga ianya dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan yang ianya melibatkan penyelidikan dan pembangunan dan dijangkakan ianya satu kerjasama jangka masa panjang.

“Selain daripada teknologi yang Toyota sudah bangunkan seperti sel bahan api hidrogen, banyak lagi yang boleh kami bekerjasama dari segi elemen teknologi, contohnya seperti kawalan bateri, kawalan enjin dan juga infotainment. Ianya sangat meluas.”
arenakereta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038887 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list