Aku masih ingat lagi pesanan nenek aku bila kali pertama aku period. Katanya, cik Intan sekarang dah dewasa, dah jadi wanita sejati. Jadi, kenalah jaga diri. Mulai sekarang kena pakai bra yang sesuai agar payudara dapat dilindungi dan dijaga.
Banyak lagi pesanan nenek, suruh skrub badan lah jaga rambut la. Blah2 banyak tul petua yang diturunkan agar aku menjaga kecantikan serta kesihatan. Antara yang paling nenek aku ambil berat penjagaan payudara. Katanya, orang perempuan mesti jaga aset yang satu ni.
Bukan sahaja untuk pastikan payudara anjal dan mantap malah jika amalkan penjagaan yang tepat, insya-Allah tiadalah penyakit yang merbahaya. So sejak itu memang aku spend duit beli bra yang mahal.
Aku pilih tali bra yang besar dan cup yang ada besi agar boleh support payudara dengan sempurna. Cara pakai bra pun kena betul tau, pastikan payudara korang ‘masuk’ sempurna di dalam cup agar terletak. Angkat kedua belah tangan di atas, jika bahagian bawah bra terangkat itu maknanya bra tersebut tidak sesuai.
Pastikan bra terletak sempurna dan kita berasa selesa. Jangan pakai bra terlalu ketat. Ketika tidur, elakkan memakai bra agar payudara dapat berehat dan bernafas. Ketika cuaca panas, elakkan pakai bra warna hitam kerana warna gelap menyerap haba dan membuatkan kita kurang selesa. Memang kelakar bunyinya tapi perkara basic inilah yang orang perempuan selalu buat silap.
Nenek aku juga pesan buat senaman dan lakukan urutan payudara terutama ketika mandi. Buihkan mandian, urut secara menaik. Urutan ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan berlaku ketulan. Jika terasa kelainan atau berasa sakit, cepat-cepatlah jumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan lanjut.
Pesanan nenek yang paling daring, jagalah payudara dengan sebaik-baiknya. JANGAN SAMPAI BOLEH LASTIK LALAT. Makan dalam kan huh u. Ye lah kalau tidak jaga dengan betul, payudara jadi kendur. So kepada wanita di luar sana, jaga lah payudara kita dengan baik ye. Minggu ini aku kongsikan petua tradisi nenek aku untuk mantapkan payudara. Moh kita cuba....
MILIKI PAYUDARA MENGGODA
1. Kacang Hijau Menegangkan
Kacang hijau kaya dengan pelbagai khasiat, ia membantu mengatasi masalah kulit kasar dan menghilangkan daki pada tubuh di samping menghaluskan kulit. Selain itu, kacang hijau juga dikatakan mampu menegangkan kembali payudara yang kendur. Caranya mudah sahaja, anda perlu merendam kacang hijau semalaman dalam air putih. Keesokannya, rebus kacang hingga lembut. Biarkan seketika sehingga kacang suam, kemudian tempekkan pada seluruh payudara kecuali bahagian puting. Biarkan sehingga masker ini kering. Selepas itu, cuci dengan air suam. Hasilnya payudara akan kembali tegang dan menarik. Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. Manfaat Masker Putih Telur
Putih telur mudah didapati di dapur, kos juga sangat murah. Manfaatkan sepenuhnya putih telur untuk kecantikan. Jadikan putih telur sebagai masker, sapu pada seluruh payudara kecuali bahagian putih. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air suam. Payudara akan berasa tegang dan kulit menjadi lebih licin. Amalkan tiga kali seminggu.
3. Labu Atasi Payudara Kendur
Labu mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk menganjalkan kulit terutama di bahagian payudara. Kupas setengah biji labu, masak sehingga lembik. Ramas labu ketika suam, kemudian sapukan pada seluruh payudara. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air putih. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan payudara yang gebu dan tegang.
4. Lebih Padat
Jika tidak pandai menjaga payudara, bahagian tubuh ini akan mengecil dan tidak lagi menarik. Anda masih belum terlambat untuk menjaga payudara, caranya mudah sahaja campurkan yogurt asli, putih telur dan minyak Vitamin E, kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan pada seluruh payudara sambil mengurut dari bawah ke atas. Kombinasi urutan dan bahan-bahan tersebut membantu melancarkan payudara dan membuatkan kulit lebih licin dan payudara menjadi padat. Selepas urutan, pakai bra selama lebih kurang 20 ke 30minit. Selepas itu, bilas dengan air putih. Lakukan sekerap mungkin, anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
mingguanwanita
|