CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1522|Reply: 0

7 Tanda-tanda Anda Salah Pilih Kerjaya

[Copy link]
Post time 18-11-2015 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Pemilihan karier menentukan jaminan masa depan anda. Silap langkah, anda hanya membuang masa, walhal banyak lagi pilihan di luar sana menunggu masa untuk disambar.



Jika anda lambat, anda yang rugi. Jadi, jom kita amati lapan tanda anda silap pilih pekerjaan yang dijawat sekarang supaya anda boleh bersedia pada bila-bila masa.


1. TIDAK BERASA BANGGA
Pernahkah anda berasa tidak bangga dan gembira dengan apa yang kecapi di tempat kerja? Walaupun segala tugasan disempurnakan, anda tetap begitu jua. Atas faktor-faktor tertentu, anda teruskan jua.


Jika begini, anda disarankan untuk berhenti dan cubalah kerjaya lain. Yang pasti, produktiviti anda pasti akan merudum jika anda sendiri tidak berbangga dengan segala hasil peluh yang diusahakan selama ini.

2. ‘ZERO LESSON’
Waspada jika anda mengalami krisis ini. Sudah hampir tiga empat tahun, namun jauh di sudut hati anda berasa kosong dan tiada output yang diterima bagi memantapkan prestasi. Apa jua yang anda lakukan, anda masih terpinga-pinga dan perlukan pemerhatian berterusan. Jika begitu, sudah tiba waktunya anda tinggalkan kerusi meja anda dan siap berkemas.


3. BUKAN SOAL GAJI

Ya, pastinya soal gaji menjadi antara aspek utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Namun, jika gaji lumayan yang ditawarkan masih belum mampu menggembirakan anda, malah masih membuat anda gusar dan tidak tenteram, maka pastinya terdapat faktor lain. Selidikilah faktor-faktor tersebut dan peranginya sehabis baik. Jika masih tidak berjaya, apa lagi yang anda tunggu?


4. BERSENDIRIAN


Pernah merasa sunyi di tempat kerja? Walaupun anda dikelilingi rakan sekerja yang ramai, namun anda masih mengalami masalah pergaulan dan sukar untuk ‘masuk’ ke dalam kelompok tersebut.

Berdasarkan kajian Office Network, komunikasi dua hala yang positif antara penjawat-penjawat lain dalam sebuah organisasi amat penting dan memberi kesan positif dalam gerak kerja serta prestasi secara keseluruhan.


5. TIADA PERKEMBANGAN

Anda berada dalam pekerjaan yang salah jika tidak memiliki kesempatan untuk meningkatkan keupayaan diri atau tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada bidang yang anda ceburi. Pekerjaan yang sempurna ialah pekerjaan yang boleh memberikan laluan untuk anda berkembang dari segi intelektual, prestasi, output dan komunikasi dari semasa ke semasa.


6. DOMINASI MALU

Apabila anda keluar bersama rakan-rakan (bukan sepejabat), anda seolah-olah malu dengan pekerjaan yang dilaksanakan kini. Anda mencuba sehabis baik untuk tidak menyentuh sebarang topik perbualan mengenai kerjaya anda sekarang.


Yakninya, anda didominasi oleh perasaan malu. Perasaan malu secara tidak langsung akan menghambat kemampuan diri untuk menjadi efektif serta daripada menjalin jaringan dengan dunia luar.

7. TERLEPAS PANDANG?

Sekiranya rakan sepejabat mendapat kenaikan gaji atau pangkat, sedangkan anda pula tidak (atau tidak berganjak), walaupun yakin anda berhak (dari segi kelayakan, tarikh mula berkhidmat), maka ini juga petanda kemungkinan bahawa anda tidak akan kekal lama.




http://selongkar10.blogspot.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.312727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list