View: 2100|Reply: 2
|
15 Tip Terbaik Kawal Panas Baran
[Copy link]
|
|
Kita biasa dengar apabila suami panas baran, isteri tempat meluahkan kemarahan. Apabila isteri panas baran, anak-anak pula menjadi mangsa. Kemarahan boleh menyebabkan satu masalah paling besar dalam hidup jika tidak dikawal. Jika anda mampu mengawal kemarahan, bermakna anda mampu mengawal masalah dengan tenang. Berikut merupakan beberapa tip mudah tetapi berguna jika anda tiba-tiba saja diserang emosi 'jahat' ini.
1. Tarik Nafas
Menarik nafas sedalam-dalamnya membantu menenangkan saraf-saraf yang dalam keadaan tegang. Ia boleh memudahkan anda berhenti daripada marah dengan segera.
2. Minum Segelas Air
Jika anda mula merasa gelisah, cepat-cepat ambil segelas air sejuk kerana air yang mengalir di tekak anda memberi satu rasa nyaman. Perasaan ini akan sampai ke otak dengan menghantar isyarat bahawa tidak ada gunanya anda mahu marah.
3. Mandi
Mungkin ada di kalangan anda menganggap ia bukan jalan terbaik. Tetapi ia ternyata berkesan apabila badan yang basah mampu menenangkan ketegangan di samping menghidu wangian sabun.
4. Elak Bercakap
Apabila anda di dalam keadaan yang sangat marah, elak bercakap dengan sesiapa. Jika anda mahu terus bercakap di saat-saat anda sedang marah, anda akan menaikkan suara sehingga timbul rasa penyesalan. Malangnya, anda terlambat! Ikut petua ini: Apabila marah, kira angka satu hingga 10 di dalam hati. Apabila sangat marah, kiralah sampai 100.
5. Teruskan Mendengar
Marah tidak semestinya anda perlu bercakap. Ada masanya anda perlu belajar mendengar. Tumpukan perhatian dan cuba dengar masalah di sebelah pihak pula.
6. Mari Berjalan
Sudah pasti anda menjadi tidak keruan dibuatnya! Jika duduk membuatkan anda kurang selesa, silalah berjalan kaki sambil melihat persekitaran dan menghirup udara segar.
7. Berdoa atau meditasi
Bagi yang Islam, anda digalakkan mengambil air wuduk dan solat. Bagi yang bukan Islam, anda boleh melakukan meditasi kerana langkah rohani ini membantu anda merasa tenang dari dalam.
8. Dengar Muzik
Terpulang pada anda muzik apa yang boleh mendatangkan kesedapan buat halwa telinga. Mendengar muzik boleh membuatkan anda lupa seketika kemarahan. Muzik jazz adalah pilihan yang paling tepat. Terasa seperti berada di lobi hotel!
9. Berfikir Logik
Kadang-kadang, anda marah tanpa sebab. Elak marah sebarangan kerana ia akan mendatangkan malu buat diri sendiri. Biarlah kemarahan anda realistik dan bukannya tidak masuk akal.
10. Tidak Ada Manusia Sempurna
Semua orang pasti melakukan kesilapan termasuk anda sendiri. Apabila anda menyedari bahawa tidak ada orang sempurna, secara tidak langsung akan membantu anda lebih memahami untuk tidak memarahi orang sesuka hati.
11. Jangan Penting Diri Sendiri
Salah satu cara paling berkesan adalah dengan bertanyakan soalan pada diri sendiri seperti, "Bagaimana jika aku berada di tempatnya?".
12. Berkongsi
Kadang-kadang, anda perlu berkongsi masalah dengan sahabat yang boleh dipercayai. Mereka boleh membantu anda menangani kemarahan, meringankan beban dan sekaligus menceriakan hari anda.
13. Bersenam
Anda boleh mengawal kemarahan dengan melakukan senaman. Jika anda merasakan hari ini merupakan hari yang kurang baik buat anda, bersenam memberikan anda satu tenaga positif untuk menyahkan aura negatif anda.
14. Belajar Memaafkan
Jika anda belajar memaafkan orang lain dengan mudah, percayalah bahawa anda tidak akan mempunyai alasan untuk marah. Anda akan senantiasa berfikiran positif untuk menyelesaikan masalah berbanding mahu marah.
15. Jadi Matang
Anda kerap marah tanpa memikirkan kesan pada jangka masa panjang. Anda kurang menyedari apa kesan akan timbul terhadap persahabatan atau situasi mendatang. Dengan bersikap matang dan berfikiran jauh, anda mungkin berfikir banyak kali untuk marah.
Tidak ada gunanya untuk anda terus menanam sikap panas baran. Ingatlah kata pujangga "Jika anda bersabar menangani kemarahan, anda akan terlepas dari beratus hari kesedihan!" Haa, hendak sedih ke? -http://selongkar10.blogspot.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zamzuri_a at 19-1-2017 10:12 AM
=====================================================
BAGAIMANA UNTUK MENGELAK DARI RASA MARAH (ENGLISH)
=====================================================
|
|
|
|
|
|
|
|
nice info |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|