CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4866|Reply: 5

Pertunangan, Rahsiakan Atau Hebohkan?

[Copy link]
Post time 18-11-2015 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za






Trend perhubungan muda-mudi, hanya bertunang namun sudah dihebohkan dan dicanang seluruh kampung.



Hinggakan semua orang, di kampus, pejabat atau taman perumahan itu tahu andalah tunang si dia.



Sebenarnya, apa yang sebaiknya jika anda bakal atau telah bertunang? Lihat tip yang diberikan oleh portal Pakar Cinta ini:






1. Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan.



2. Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana, kan lebih bagus.



3. Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.



4. Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri.



5. Bila hampir dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai.



6. Kadang-kala, rahsia pertunangan diketahui orang. Yakinlah dengan Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu. - CARI Infonet


Sumber: Pakar Cinta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mengikut agama pertunangan tu eloklah dirahsiakan. kalo dah heboh2lps tu x jadi kawen kan susah. abes malu 1 dunia.

perkahwinan pula eloklah diheboh2kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:17 PM | Show all posts
rahsiakan adalah jalan terbaik, dalam mase yg same dpt mnjage hubungan dari segala maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 08:26 AM | Show all posts
tunang resia je la. nak nikah sok baru hebahkan. tapi org kita ni tunang ka nikah ka tetap nak hebahkan. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 01:05 AM | Show all posts

ler ni pun hmm dilemma sungguh ye ?? goshhhhhhh

Edited by mbhcsf at 17-12-2015 01:10 AM

apa maksud bertunang?

ia menyatakan hasrat je dari pihak lelaki ke pihak perempuan atau vice versa yang pasangan ini berhajat antara satu sama lain kepada wali / penjaga

so i tak faham budaya melayu ni tunang ni pun heboh benar

walhal tunang je dan elok jaga maruah kedua dua pihak dengan adanya pertemuan parents kedua dua  pasangan atau saksi ke cukup.

masa tu discuss lah apa yg relevan for kahwin lebih baik dan effective meeting.


yg i tak faham tunang pun heboh then bila putus gigit jari sendiri tanggung malu lah bagai ?

why wasting  your energy and time and money for tunang je?

cukup je si lelaki hantaq whatsaap message pun if mertua dia redha okay je nyatakan hasrat

tapi janganlah buat lagu tu mudah just, u know, jumpa lah be official je lah.


no wonder hutang keliling pinggang, tunang pun majlis , kahwin pun hantaran

padahal logically speaking benda tu simple je.

NYATAKAN hasrat secara formal.

hukum halal haram still on jugak pun so? apa yg nak hairan dengan status tunang? bukan akad pun.

tak logik lah buat hebih bagai. bukan akad pun. lebih baik akad teruslagi elok dan lebih halal.

ni pun dilemma bagai cheh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 06:21 PM | Show all posts
yupp.. xperlu heboh pun.. kakak aku bertunang pun keluarga terdekat je tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.399016 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list