Manfaat Tidur Siang.Tidur merupakan aktiviti rutin yang dilakukan oleh setiap manusia untuk berehat dan mengembalikan tenaga setelah seharian penat melakukan pekerjaan. Seperti yang kita tahu,malam merupakan waktu yang paling tepat untuk tidur demi menjaga kesihatan tubuh badan.Walaubagaimanapun,tidak ramai yang tahu bahawa tidur siang juga memiliki manfaat bagi kesihatan anda. Jom ketahui kebaikan tidur siang untuk kesihatan anda.
5 Manfaat Tidur Siang Untuk Kesihatan Anda
Tidur siang ternyata mampu meningkatkan daya ingatan anda terutamanya untuk golongan warga emas. Ini kerana semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Menurut kajian,manfaat tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit mampu meningkatkan daya ingatan otak anda.
Bagi mereka yang selalu keletihan akibat kerja atau memerlukan idea baru,anda disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja anda sekaligus memberikan anda idea-idea baru.
Manfaat tidur siang yang lain ialah ia mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dijalankan dan ia mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang
Sekiranya pada malam hari anda kurang nyenyak atau tidak cukup tidur,pastinya pada siang hari anda berasa sangat tertekan untuk melakukan kerja. Oleh itu,manfaat tidur siang untuk kesihatan anda ialah ia mampu menghilangkan tekanan anda.
Tidur siang ternyata mampu mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung
Tips Mendapatkan Tidur Siang Yang Baik - Waktu tidur yang disarankan ialah selama 20-40 minit.
- Pastikan anda tidur siang hanya selepas pukul 12 tengahari.
- Pastikan suhu bilik anda tidur sesuai iaitu tidak terlalu sejuk atau panas.
- Jangan tidur ketika waktu malam sudah hampir menjelma kerana ia boleh mengganggu pola tidur anda pada malam hari.
http://www.wom.my
|