CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 0

Tips Pilih Warna Tudung Agar Serasi Dengan Warna Kulit Anda

[Copy link]
Post time 20-11-2015 11:43 PM | Show all posts |Read mode


Warna Tudung.Adakah anda merupakan peminat tegarfesyen berhijab?
Untuk menyempurnakan penampilan hijab, perkara utama yang harus anda ambil tahu adalah warna tudung dengan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang mata apabila digayakan?
Warna tudung yang salah atau tidak sesuai dengan warna kulit anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak segar.
Padanan yang tepat  termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga tercipta satu stail yang selesa dan memikat!

Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda;
* Jika anda berkulit kuning langsat
Anda disarankan memilih hijab berwarna merah, pink dan biru. Warna yang harus dihindari adalah yang berwarna seperti caramel, coklat dan oren.


* Jika anda berkulit putih
Sebaiknya pilih warna hijab yang lebih gelap atau terang seperti hitam, biru, ungu dan merah. Elakkan warna-warna seperti beige, pastel atau putih yang boleh membuatkan anda kelihatan pucat dan tidak bermaya.

* Jika anda berkulit gelap
Anda disarankan memilih warna-warna lembut supaya kulit anda kelihatan lebih cerah. Cubalah ‘bermain’ dengan warna-warna neutral seperti pastel dan lavender. Anda perlu menghindari pemakaian hijab berwarna coklat, hitam, oren, kuning, hijau tua dan merah bata kerana membuatkan kulit anda nampak lebih gelap.


* Jika anda berkulit sawo matang
Anda yang memiliki kulit sawo matang, sebaiknya pilih hijab yang berwarna pastel, biru tua, maroon, ungu serta hitam.  Cuba elakkan memakai atau  memilih hijab berwarna merah, kuning, hijau dan coklat gelap.



http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037454 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list