View: 3887|Reply: 17
|
Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Wanita jika bertemu dengan seorang lelaki, pasti mudah mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi.
Tapi, bagaimana jika lelaki tersebut hanya main-main dengan anda sahaja? Ia merupakan sesuatu yang pahit jika anda dapat tahu si dia tidak ikhlas terhadap anda.
Namun, anda jangan risau! Tidak susah untuk mengenali lelaki yang betul-betul ikhlas dan menghargai anda. Sekaligus, menyayangi anda sebaiknya!
1. Selalu ada ketika susah & senang
Jika si dia selalu ada ketika anda senang ataupun susah dan mendengar apa sahaja masalah anda, itu tandanya dia benar-benar cintakan anda. Lelaki tidak akan buang masa pada mereka yang tidak penting dalam hidupnya.
2. Buat anda ketawa
Mesti rasa bahagia jika bersama dengan orang yang selalu buat anda ketawa. Jika si dia sentiasa buat anda ketawa, dia betul-betul cintakan anda. Lelaki pasti akan rasa bahagia jika buat orang dia cintai ketawa.
3. Jadi diri sendiri di depan anda
Jika si dia cintakan anda, dia tidak malu untuk menjadi diri sendiri depan anda. Tak malu untuk tunjukkan perangai buruk mereka. Mesti ada je kan lelaki yang tiba-tiba kentut secara tak sengaja depan anda. Haha..
4. Tidak jemu berjumpa anda
Mesti ada yang rasa pelik kalau ada lelaki yang tidak jemu jumpa anda setiap hari. Itu tandanya dia betul-betul cintakan anda dan rasa pelik kalau tak jumpa walaupun sehari.
5. Sanggup habiskan masa dengan anda
Jika si dia sanggup habiskan masa dengan anda selepas habis kerja, itu tandanya cinta. Lelaki lebih sanggup habiskan masa lepak dengan kawan-kawan, atau ke gym. Tapi, kalau dia sanggup ketepikan semua itu untuk anda, memang sah dia cintakan anda!
Anda masih ragu-ragu? Cepat, 'check' atau kenali perangai si dia ya! - Cari Infonet
Sumber info : Hanasuva |
|
|
|
|
|
|
|
xbetul pun
semua laki teruk: |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahaah
nah ambik ye
pada i ...semua tu bolehlah first impression tapi at the end of the day allah juga tahu hati memasing
dan the benchmark is akad.
so, dia lagu mana baik pun tak boleh juga dijadikan benchmark.
yg penting apa ? JUJUR dan tahu kerana apa dia jalinkan hubungan ni . Kalau itu betul maka tak perlu nak pretencious really.
|
|
|
|
|
|
|
|
err no 4 & 5 tu kurang soleh. unless ada mahram ... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmmm... macam ada.. macam takder.. macam biskut chipsmore! heeeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
semua ciri2 tu ada pada pada en. suami, tapi perangai dia haram jadah. |
|
|
|
|
|
|
|
my opinion la..
hint je xcukup..
bukan ape, kadang takut syok sendiri je
better talk directly je dari bagi hint2 ni
bukan ape, ada orang xpaham hint2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 24-11-2015 03:09 AM
hahahahahahaah
nah ambik ye
masalah yg i kenal x semua mcm tu aishhh
mula2 ok... tapi dh lama cakap x serupa bikin je
mohon dijauhkan lelaki2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
yups, ada hikmahnya - tu yg Allah hijabkan kita tu, i rasa kita belajar dari pengalaman memasing dan kawan kawan yg sebaik mana pun, kalau u know tak iklhlas dan jujur dan tak tahu apa niat pun dalam berkenalan tu , maka elok tak jadi je. sebab alih alih jatuh taraf menzalimi emosi orang pulak.
so, pada i tulah , ciri ciri di atas terlalu superficial lah.
macam mana dia boleh tulis dan simplify benda yg kompleks tu dalam 5 aspects je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sy jumpa lelaki mcm ni yang ada sekarang...jumpa tu xderla selalu cuma bila hujung minggu or cuti sbb masing2 ada keja nk buat..tapi kalau bawa jumpa xpernah menolak..xpernah pulak berduaan di tempat2 yang xder org sbb dia xsuka..selalu ada susah senang..selalunya time susah dia mst ada kih3..dia bukan jaga diri dia jer..dia jaga sy2 sekali..alhamdulillah setakat ni dia lelaki baik utk saya. And the best thing bila dia buat lawak hambar..tu yang buat sy ketawa. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Innrukia at 30-11-2015 08:37 PM
Looking forward nak kenal dgn lelaki yg betul2 ikhlas
|
|
|
|
|
|
|
|
1 pun ta ada,da 3 tahun kwin..dr tunang smpi la..ucp i love u pun ta ada |
|
|
|
|
|
|
|
zaman akil baligh berhingus dulu artikel macam nilah yg menjadi fokus carian dan mulalah membandingkan ciri-ciri disebut dengan cinta2 monyet yg ada. tapi as time goes by and you become wiser and get married, i've learned that:
lelaki yg serius dgn kita akan ckp straight forward dia suka dan nak hubungan serius.
ajak kita jumpa parents dia bila masa yg sesuai tlh tiba.
berani semuka dgn keluarga, bukan utk ajak keluar dating atau jumpa hari raya, tapi purposely utk bagi tahu satu famili kita yg dia nak sunting kita jadi isteri dia.
kalau ada halangan/cabaran dlm hubungan, tak mudah utk mengalah, dia akan pertahankan hubungan sampai jumpa jalan keluar.
kalau sekadar tak jemu berjumpa dan sering menghabiskan masa bersama anda, pada saya itu bukan apa2. lelaki yg sayang kita sbg isteri takkan mahu membawa kita ke sana ke mari tanpa tujuan. |
|
|
|
|
|
|
|
i like your post , yups itulah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah, cuma awak belum bertemu dengan Spidey lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 25-11-2015 01:39 AM
yups, ada hikmahnya - tu yg Allah hijabkan kita tu, i rasa kita belajar dari pengalaman memasing d ...
tul2 pengajaran utk kita.ingatkan kita je mcm ni.rupa2 nya ada lagi yg teruk
mungkin silap iols juga.sbb tu Allah dah tunjukkan.nexttime kena berhati2 dah
artikel ni umum sgt. pdhal pengalaman setiap org adalah berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 30-11-2015 08:28 PM
Salah, cuma awak belum bertemu dengan Spidey lagi.
haha spidey
haah mana tahulah kan
tapi serius sudah serik
|
|
|
|
|
|
|
|
dan pengalaman itulah yg berharga dan mematangkan dan it makes us grow.
itu hikmah antaranya dan kita belajar daripada itu, itu yg penting. i guess rezeki dan rahmt allah itu luas, so lagipun itulah ujian dan si dia itu pinjaman, kalau kita sedar itu hanyalah pinjaman then redhai sajalah hakikat itu lebih baik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|