CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 0

Ketahui 6 Tanda Anda Bertepuk Sebelah Tangan!

[Copy link]
Post time 23-11-2015 09:12 PM | Show all posts |Read mode


Sikap si dia yang acuh tidak acuh membuat anda bingung? Si dia tidak terlalu tertarik pada anda dan hanya menganggap anda sebagai teman biasa?
Biasanya lelaki akan benar-benar serius dalam perhubungan dengan wanita yang benar-benar disukainya.Jika tidak, awas! Mungkin si dia hanya menganggap anda sebagai teman sahaja.Daripada anda ragu dan terus bertanya-tanya, ini dia tanda-tanda cinta anda bertepuk sebelah tangan atau tidak. Sebelum itu, tarik nafas anda dalam-dalam, sediakan tisu dan bertenang.
Tanda-tanda Cinta Bertepuk Sebelah Tangan
Jika anda sahaja yang beria menghubungi lelaki, itu petanda yang buruk. Lelaki yang menyukai anda pasti mempunyai tindakan untuk meletakkan dirinya lebih dekat dengan wanita yang disukainya.
  • Dia memperkenalkan anda sebagai temannya
Ketika hadir ke sebuah acara bersamanya, dia mengenalkan anda sebagai temannya. Itu tandanya dia sama sekali tidak menyimpan perasaan pada anda.
Sering tidak mengangkat telefon, jarang membalas mesej atau sering sibuk, boleh jadi itu petanda dia ingin menjauh dari anda. Berhentilah untuk mendekatinya, anda terlalu berharga untuk diabaikan. Carilah lelaki yang memang benar-benar ikhlas jatuh cinta pada anda.
Sekiranya dia jatuh cinta pada anda, dia tidak akan menggoda wanita lain ketika bersama Anda. Dia pasti akan berusaha untuk menjaga hati anda.
Jika benar dia jatuh cinta pada anda, pastinya dia akan mengambil berat tentang anda. Dia tidak akan membiarkan anda menguruskan hal bersendirian.
  • Mengelak daripada berbicara tentang perasaan
Ketika anda bercerita tentang cinta atau anda berkias meluahkan isi hati, si dia mengelak dan sering menukar topik lain. Itu petanda si dia tidak mahu bercerita tentang cinta.
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057271 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list