Edited by Ring.Ding.Dong at 24-11-2015 08:58 PM
Ok, aku tak pandai buat karangan,so aku straight to the point la.
Sebelum tu aku nak mintak maaf kalau korang rasa benda ni terlalu remeh dan tak patut pon ditanya kat sini.
Macam ni citenye.
Aku ada kenal sorang laki ni. Masa aku kenal, dia tengah ada masalah besar dengan dia punya girlfriend. Dan kitorang berkenalan, secara tak sengaja, dalam satu majlis. Dia yang mula approach aku. Aku sebenarnye jenis yang tak layan laki sangat. Tapi memandangkan dia ada ciri-ciri yang aku suka, aku cepat selesa dengan laki ni.
Perkenalan berjalan macam biasa,dan dia layan aku lebih dari seorang kawan. Lepas sebulan dua kitorang kenal,aku dapat tahu dia contact balik GF dia dan diorang dah berbaik. Mula-mula rasa bersalah la jugak, tapi memandangkan laki ni buat macam takde apa-apa yang berlaku, aku pun buat benda yang sama lah. Dia tahu aku tahu dia dah baik balik dengan GF. Tapi dia still layan aku macam biasa, sangat rapat. Bukan aku tak pernah try nak avoid, tapi dia akan cari aku gile2.
Aku pernah terbaca diorang punya conversation,which terang-terang dia menipu GF. Contoh : masa dia dengan aku, dia cakap ada kat rumah, tengah buat keje. Dan ada dua tiga kali kitorang keluar sampai tengah malam, tengok movie ke lepak ke, dia mesej GF cakap penat, nak rehat dan tido. Tu yang aku tahu, yang lain2? Tapi laki ni tak tahu aku tahu pasal benda ni. Yang peliknye, aku takde la rasa nak marah kat laki ni sbb contact lagi dengan GF dia. Mungkin sebab aku tak mengharap? Atau mungkin sebab aku takde perasaan lebih dari sorang kawan?
Sampai la satu hari, lebih kurang dua tiga minggu lepas, dia ajak keluar. Konon-konon sweet escape. Keluar petang dan balik esok pagi. On the way balik singgah RnR nak mandi and etc. Nak dijadikan cite, masa tu aku terperasan handphone dia ada dalam handbag aku dan aku tergerak hati nak check. Dengan tangan menggigil aku baca laju-laju conversation diorang dua-tiga hari sebelum tu. Pangggg! Rasa macam kena lempang. Rupa-rupanya naluri aku betul dan aku pun pernah kena tipu. Hahaha.Tapi aku bangga dengan diri aku sebab still boleh control. Buat-buat macam tak tahu apa-apa.
Start dari hari tu, aku macam terfikir cara yang sesuai nak bagitau that girl pasal perangai laki ni. Bukan nak rosakkan relationship diorang, jauh sekali nak merampas, sebab dalam masa terdekat aku memang kena ‘tinggalkan’ laki ni. Tapi lebih kepada geram dengan perangai laki yang suka-suki nak mainkan perempuan. Kiri kanan dia nak sebat. Kesian juga kat perempuan tu. Based on status kat whatsapp, macam tahu banyak kali laki ni tipu.
So, aku nak mintak pendapat, perlu ke tak? Kalau perlu, macam mana cara yang sesuai?
|