CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16369|Reply: 1

17 Tanda Si Dia Sudah ‘Gila Bayang’.

[Copy link]
Post time 24-11-2015 10:04 PM | Show all posts |Read mode


Adakalanya, orang yang kita suka , tak suka kepada kita. Dan bila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya!
Tetapi saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Terasa dunia ini milik anda berdua. Pastinya anda berminat untuk tahu tanda-tanda si dia jatuh cinta kepada anda bukan? WOM.my mahu berkongsi dengan anda beberapa tanda lelaki jatuh cinta :
1. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya.
2. Sentiasa Ingin Dekat
Bila hati dah mula sayang, si dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
3.Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila si dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, si dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita. Walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati kerana si dia baru dikenali. Maka sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
4. Dia selalu menghubungi anda
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu si dia akan berusaha mendapatkan nombor telefon anda dan mahu berbual dengan anda. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab si dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap.
Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,bermakna hatinya sedang berbunga-bunga! Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.
6. Dia sentiasa mengutamakan anda
Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan  dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.
7. Dia dapat tangkap isi hati anda
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.
8. Dia tahu banyak hal mengenai anda
Anda merupakan wanita yang bertuah sekiranya si dia tahu perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh anda. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda. Maka anda perlulah menghargai si dia.
Lelaki yang menyukai anda, akan merenung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.
10. Dia melindungi anda
Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di  sekeliling anda. Ini juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.
11.Dia cemburu
Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.
12.Dia berkongsi perasaan dengan anda
Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja.
Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.
13.Dia selalu puji anda
Dia selalu prihatin dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti  anda dan menerima anda seadanya.
Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Tapi apabila dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa,tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan. Sanggup tunggu berjam-jam di luar rumah dan tidak kisah berhujan atau berhujan terik semata-mata ingin kamu melihat pengorbanannya.
15. Dia bersetuju dengan pendapat anda
Jika seorang lelaki itu tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan  anda,itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi.
Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.
16.Dia kerap menghantar mesej kepada anda
Walaupun sesibuk mana, si dia masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada anda walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’. Ini menunjukkan anda berada di fikirannya setiap saat.
17. Dia memilih untuk berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Pilihan itu ada di tangan anda sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.

INFO EKSTRA
Sikap wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan serta difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak mahukan sesuatu.
Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang memulakan dahulu. Jaga adab timur katanya.
Mari kita lihat tanda-tanda wanita sudah jatuh cinta kepada seseorang lelaki tersebut:
  • “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.
  • Dia tidak pernah memburuk-burukkan kamu.
Jika anda perhatikan, ada wanita yang tidak pernah burukkan-burukkan anda, sebenarnya dia ada hati pada anda. Contohnya ketika anda melakukan kesalahan, dia seorang sahaja yang tidak menyalahkan anda. Sebaliknya dia berusaha mempertahankan anda. Dia juga hanya berkata-kata baik mengenai hal peribadi anda. Dari matanya, dia ingin selalu memberi galakan pada diri anda.
  • Dia suka bersembang dengan kamu.
Apabila wanita itu suka atau jatuh cinta pada anda, dia akan selesa apabila bersembang dengan anda. Dia akan cuba untuk ikut rentak hidup anda dan akan cuba untuk bersembang perkara yang betul dengan anda.
Bagi dia, dia mahu menarik perhatian anda dengan kebijaksanaan yang dia ada.
  • Tampil lebih cantik apabila bertemu
Apabila anda mengajaknya bertemu atau makan malam,dia akan tampil lebih cantik dari kebiasaan. Ini kerana dia ingin menarik perhatian anda dan membuatkan anda berasa bangga kerana memilikinya. Sebaliknya apabila dia tidak menyimpan perasaan cinta pada anda maka dia cenderung acuh akan penampilan dan dandan apa adanya.
Tapi ini juga tak boleh dijadikan penanda aras utama kerana ada jenis-jenis wanita tertentu yang memang lebih suka tampil kasual atau mungkin memang tidak pandai berpakaian.Jika anda melihat wanita itu ada salah satu atau semua tanda di atas, ini bermakna sebenarnya wanita itu sudah jatuh hati pada anda. Jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius.
Foto: sekadar gambar hiasan

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ni dr sudut relationship aku

dia nak coverina mmgla
tak gila bayang dgn aku pun ajak kawen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list