Jom ketahui 6 cara memujuk suami merajuk, pasti anda nak tahu kan? sila baca entry ini sampai habis… Lazimnya, pasangan mana yang tidak pernah ditimpa masalah? Perselisihan faham pasti akan berlaku dalam asam garam rumahtangga. Apabila berlakunya pergaduhan atau pertengkaran, pasti akan ada satu pihak merajuk. Bukan perempuan sahaja yang merajuk, malahan ada juga lelaki cenderung untuk merajuk apabila berlaku ketidakpuasan hati. Merajuk tentang perkara yang kecil? Buntu kenapa pasangan anda merajuk? Langsung tidak dapat dihubungi selepas bertengkar? Sini ada beberapa tips bagaimana untuk memujuksuamiyang merajuk. Antaranya ialah: 1) Biarkan si dia Ruang Bersendirian Biarkan pasangan anda untuk menyendiri atau membawa diri seketika waktu jika berlaku pertengkaran. Cuba jangan ganggu si suami dalam masa yang terdekat. Beri dia ruang untuk berfikir. Biar dia berfikir apa punca sehingga terjadinya perselisihan faham berkenaan. Mungkin egonya tidak lama dan kemudian berbaik kembali anda. Biasanya lelaki perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan fikiran. # Jangan sesekali berleter atau meninggikan suara pada suami anda, takut dikuatiri membuat suami anda jemu melayan kerenah anda, atau lebih buruk lagi membuatkannya hilang pertimbangan. 2) Gembirakan Diri Sendiri Di kala si suami sedang menenangkan diri untuk menyejukkan hati, apa kata anda buang kerungsinganya dengan melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan hati kedua belah pihak. Sebagai contoh adalah, membawa anak-anak ke taman tema air atau tempat rekreasi. 3) Layan Kehendaknya. Jika si suami nampak melakukan apa-apa aktiviti bersedirian, cuba dekati si suami dengan melayan kerenahnya dan apa yang dia minati. Contoh jika pasangan anda suka menonton siaran sukan, apa kata anda duduk di sebelah si dia dan bersama-sama menonton rancangan tersebut. 4) Pujuk dengan Kata-Kata Manis Kaum lelaki adalah golongan yang jenis suka dipujuk rayu oleh pasangan mereka. Cubalah pujuk suami anda dengan kata-kata manis seperti panggilan manja, contohnya ‘sayang’,’bushuk’. Selitkan juga ayat-ayat jiwang untuk memujuk suami anda. Anda juga bolehkan menyelitkan ayat humors kepada si dia, asalkan yang tidak melibatkan peribadi suami anda. 5) Nyanyikan lagu untuk suami Anda Pasti tidak ramai yang pernah melakukan perkara ini untuk memujuk suami anda bukan? Apa kata anda cuba memikat kembali hati pasangan anda dengan menyanyikan lagu yang mempunyai unsur memujuk, lagu kegemarannya atau lagu yang si dia pernah nyanyikan untuk anda ketika mula-mula berkenalan dan permulaan bercinta. Usah pedulikan suara anda merdu atau sumbang kerana ia sekadar pujuk memujuk yang hanya melibatkan anda dan pasangan anda sahaja. Pasti si dia tersenyum lebar dengan sikap anda yang nampak bersungguh-sungguh untuk memujuknya. # Tidak perlu untuk berkaraoke, memetik gitar atau mengalunkan alunan piano ketika anda bernyanyi memujuk pasangan anda. Cukup sekadar menghantar voice message yang melalui aplikasi wechat, whatsapp atau ketika bersebelahan dengan si dia. Kaum lelaki terkenal dengan egonya yang tinggi. Jika anda yang menjadi punca kepada perselisihan faham tersebut, adalah lebih baik anda mengalah dan meminta kepada pasangan anda. Terangkan kenapa berlaku perselisihan faham dan tanyakan mengapa si dia merajuk dengan nada dengan yang lembut Jika silap itu bukan dari anda sekalipun, apa kata, sekali sekala anda meminta maaf kepada si suami. Mungkin ia akan membuatkan dia serba salah dan turut meminta maaf kepada anda dengan kesilapan yang telah dilakukannya. Jangan biarkan merajuk pasangan anda berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan anda. Usah bermasam muka. Berbaik-baik semula dan jalani hidup bahagia anda seperti biasa.
http://www.wom.my
|