Bahan-bahan:
180 gm ikan kod
20 gm bawang merah
20 gm serai
10 gm halia
10 gm daun kunyit
5 gm safron
60 gm kentang
60 gm tomato ceri
50 gm lobak merah
50 gm zukini hijau
50 ml air
80 ml santan
80 gm mayones
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa Cara menyediakan ikan:
1. Bersihkan ikan kod, potong dan perapkan dengan garam.
2. Selepas itu, panggang ikan kod tersebut.
3. Potong sayur-sayuran mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
4. Setelah itu, aturkan ikan dan sayur-sayuran di atas pinggan bersama sos safron. Hiaskan mengikut citarasa anda. Cara menyediakan sos safron:
1. Dengan menggunakan sedikit minyak, tumiskan bawang, halia dan serai sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan air, santan dan mayones.
3. Biar sehingga pekat. Selepas itu, masukkan daun kunyit, safron dan garam secukup rasa. sajionline
|