View: 5388|Reply: 14
|
5 Petanda Teman Lelaki Anda Sah "Buaya Darat".
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto : cloudboy93.blogspot.com
Dalam hidup ini, tidak semestinya pilihan kita sentiasa tepat. Terkadang kita rasa sudah bertemu kekasih hati yang sejati, namun usahlah terlalu gembira jika kekasih hati anda ada 5 ciri-ciri dibawah ini. Jom kita tengok siapa yang kena :
1- Dia sentiasa mahu rahsiakan hubungan.
Kebiasaannya si dia tidak suka hubungan antara anda dengan si dia diketahui ramai. Bermacam alasan diberi, namun percayalah yang si dia sedang menjaga "market" untuk "memancing" wanita lain.
2- Dia tidak pernah LIKE gambar anda di FB/Insta.
Jika sebagai teman lelaki tetapi tidak pernah ambil tahu tentang status anda, ini juga mungkin tektik jaga "market" atau si dia sememangnya ada "sparepart" dalam FB/Instanya. Jadi untuk elakkan diketahui, langkah baik dia tidak akan respon sebarang status atau gambar yang anda muatnaik.
3- Dia sentiasa membelakangkan anda setiap kali menghantar mesej/Call.
Awas, jika si dia seperti berahsia minta telefon bimbitnya dan periksa sms/WhatsApp. Jika dia berkeras mengelak, ini satu petanda buruk.
4- Anda terdengar khabar angin dia keluar bersama gadis lain.
Kes ini terlalu subjektif, namun jika anda sentiasa mendapat berita kurang baik ini, lebih baik siasat.
5- Bila keluar bersama, setiap masa si dia mengadap telefon bimbit.
Jika anda sentiasa menunggu si dia membalas mesej anda tapi bila keluar bersama si dia sentiasa mengadap telefon bimbit, awas. Ini petanda si dia sememangnya sudah rimas dengan anda.
Apa yang penulis kongsikan adalah sebagai peringatan, tidak pula meminta anda percaya seratus peratus. Mungkin ada yang betul, mungkin juga hanya kebetulan. Tetapi kata orang lebih baik mencegah dari mengubat. Jangan sampai anda menjadi mangsa buaya darat, sesal kemudian sudah tidak berguna. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
buaye darat memang mulut manis... sparepart keliling pinggang... gambar dia jer ratus ribu like dr pompuan... pompuan plak mcm terhegeh2 kat dia sedangkan dia lg ramai pompuan lg tinggi market... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduih sakitnya hati..: |
|
|
|
|
|
|
|
Aduih sakitnya hati..: |
|
|
|
|
|
|
|
hempukkan je kepala buaya tu.. just minta putus dr makan hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Actually i lagi percaya pada lelaki yang open perwatakannya, tak berahsia & loud. Daripada lelaki yang pendiam, tak banyak kerenah. Sebab yang pendiam tu lagi bahaya, diam-diam ubi berisi kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Spidey bukan buaya darat, sumpah!! |
|
|
|
|
|
|
|
HRNI KO BUAT ANAK ORG...
lain tahun anak cucu ko kene.
baru tau cmne perasaan org yg traniaya... |
|
|
|
|
|
|
|
garangnye bunyi komen2 wanita huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu, die sgt pandai berkata2, bg mcm2 alasan, sbb perlukan point utk cover kecurangan |
|
|
|
|
|
|
|
awak ada pengalaman sendiri ke
|
|
|
|
|
|
|
|
x de pengalaman pn, tapi slalu je tgk mmber cover ayat, contoh nak pergi karaoke dgn kwn2 tmpat blaja, tp cover g dating dgn awek lain, bile kol, cari tmpat2 bising mcm karaoke
|
|
|
|
|
|
|
|
Juga, dia keberatan bawa jumpa ibubapa dia.
Banyak berahsia ni bukan buaya darat jer.
Tanda-tanda seorang penipu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|