
Kulit adalah organ yang paling besar pada tubuh kita. Tambahan pula sebagai wanita, pastinya mahukan kulit yang halus dan cantik. Namun kesan penuaan pasti akan bermula apabila umur meningkat dan bebanan tugasan menyebabkan anda mengalami tekanan. Namun tahukah anda bahawakesan penuaan paling ketara kaum wanita bermula pada bahagian mata? Sebenarnya, kulit wajah di sekitar mata adalah nipis dan sensitif! Ia adalah 10 kali lebih nipis daripada kulit wajah.Justeru itu, pemakaian krim mata perlu diambil untuk memastikan mata anda tidak kelihatan lesu dan letih. Penjagaan yang tidak sempurna juga akan mewujudkanlingkaran hitampada mata. Apa Itu Krim Mata? Krim mata dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di sekeliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Ia memerlukan pemakaian yang konsisten untuk mendapat hasil yang baik. Krim mata ini boleh dipakai pada siang mahupun malam. Kebaikan Krim Mata - Memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata.
- Membantu kulit menegangkan kawasan sekeliling mata.
- Menghilangkan lingkaran hitam dibawah mata.
- Melembab dan mengurangkan kesan lebam di sekeliling mata.
- Membantu proses penghidratan dan menegangkan bawah mata.
- Menjadikan kulit di bahagian mata lebih cantik dan halus.
- Menyegar, melicinkan dan mengurangkan masalah mata letih.
Panduan Menggunakan Krim Mata - Hanya menggunakan jari manis untuk meratakan krim mata kerana jari ini mempunyai tekanan paling lembut.
- Hanya menggunakan sedikit krim mata untuk sekali sapuan.
- Elakkan dari menarik kulit di sekitar mata.
- Tidak perlu sapu terlalu dekat dengan mata kerana krim mata boleh menyerap dalam jarak satu inci di sekitar kulit mata.
- Jangan menggosok krim mata, tetapi tepuk secara lembut dengan jari manis untuk membantu penyerapan.
Take Note! Bila Masuk Umur 20an, Anda Wajib Pakai Krim Mata Jika anda berfikir penggunaan krim mata hanya sesuai digunakan ketika usia melangkah 30 tahun ke atas, kenyataan anda adalah salah! Sebaliknya sejak usia 20-an lagi anda seharusnya sudah mula merawat kulit mata. Ini adalah untuk mencegah penuaan di kawasan mata, kerana kulit mata menjadi bahagian pertama di wajah yang cepat nampak berkedut!
http://www.wom.my
|